‘Sebahagian hasil ini kita derma ke Palestin,’ Aeril Zafrel jual Lamborghini

“INSYA-ALLAH sebahagian hasil jualan ini kita derma ke Palestin.”

Itu perkongsian pelakon dan juga usahawan terkenal, Aeril Zafrel dalam satu hantaran di Instagram Story memaklumkan bahawa dia telah menjual kereta Lamborghini Aventador miliknya.

Menurut posting itu, dia juga menyalurkan separuh hasil jualan kereta mewah itu kepada Persatuan Pencinta Gaza.

Ujar pemilik nama sebenar Suhairil Sunari, 35, dia membuat keputusan untuk menjual kereta yang dihadiahkan isterinya, Wawa Zainal setahun lalu itu kerana sudah jarang digunakan.

“Selamat tinggal Lambo. Jarang sangat pakai kereta ini, jual jela,” coretnya.

Baca juga Inspirasi! Kasih isteri, Aeril Zafril hadiahkan Brabus 900 Rocket Edition buat Wawa Zainal

 

Dalam hantaran seterusnya, pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi itu turut mengucapkan selamat tinggal kepada kenderaan kesayangannya yang ketika dibeli dahulu berharga RM2.27 juta.

Menerusi video sama, dipercayai Lamborghini itu juga telah bertukar tangan kepada pemilik baharu.

“Selamat tinggal kuning (panggilan untuk kereta),” ujarnya berserta emoji sedih.

Malah, ayah kepada empat cahaya mata itu turut berkongsi resit yang menunjukkan dia sudah mendermakan kepada Persatuan Cinta Gaza serta tidak ketinggalan menyeru orang ramai menyalurkan derma kepada saudara seagama di Gaza.

Baca juga Lawanya! Belikan ibu bapa rumah, berjaya pujuk tinggal di Semenanjung, Wawa Zainal undang sebak warganet

Iklan

Kereta bernilai RM2.27 juta tersebut diberikan Wawa yang juga pelakon sekitar April tahun lalu sebagai penghargaan selepas enam tahun menjalankan perniagaan.

Sebulan kemudian Aeril menyuarakan hasrat mahu ‘melepaskan’ hadiah berkenaan atas alasan sudah merasa memandunya seperti diidamkan sebelum ini.

Malah isterinya juga dikatakan memberi lampu hijau selain tidak berkecil hati jika dia ingin menjual jentera terbabit.

Iklan

Terbaik! Alhamdulilah…

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!