'See you in court!' - Dituduh curang, Syamsul Yusof ambil tindakan undang-undang

Untitled design (38)
Untitled design (38)
A
A
A

PENGARAH dan pelakon, Syamsul Yusof meluahkan rasa berang di atas tindakan tidak bertanggungjawab pemilik sebuah akaun YouTube yang menuduhnya berlaku curang.

Enggan berdiam diri, anak kepada penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam itu memilih untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun yang menggunakan nama ‘Cabik Geronong’.

"Inilah dia, Cabik Beronong Channel. Tak sangka apa yang dia tulis. You guys don’t play with me.

"Berani tulis title macam ni, just to get views on YouTube, I check this channel from Malaysia. Kita akan dapatkan dia punya ID.

“Too much brother. But please man respect people, respect artis jugak. We got family, I got kids man. Because this one channel Cabik Geronong, dia tulis title yang boleh membawa kepada fitnah, boleh membawa kepada kepincangan keluarga saya lagi.

"I’m going to sue you, I see you in court ,” ujarnya

Tambah Syamsul, dia bukan mahu mengambil tindakan undang-undang kerana duit, tetapi mahu memberi pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggunjawab seperti ini.

“It’s not about the money, RM500,000, 1 million, nak kasi ajar sikit. Kalau ada artis-artis lain yang sebelum ini pernah kena, dorang tak berani nak saman, ni Syamsul saman kau.

“I’m not playing games sekarang ni. Orang tengah ada problem sekarang ni korang nak fikir pasal korang punya view, tak fikir orang punya perasaan. Kau nak buat macam ni, See you in court!” katanya.

Rata-rata rakan artis di ruangan komen turut menyokong keputusan Syamsul untuk menyaman pihak tidak bertanggungjawab itu.

[embed]https://www.instagram.com/tv/CFsRCmclmC3/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca