“Segera pulihkan keadaan seperti biasa, tak nak konflik terpalit kepada waris.” Achey Bocey

Copy of Copy of gambar portal (80)
Copy of Copy of gambar portal (80)
A
A
A

KONFLIK berpanjangan antara pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah perlu diselesaikan dengan baik dan segera supaya tidak terpalit kepada waris mereka di kemudian hari.

Pelawak Achey berkata, isu hubungan kekeluargaan tidak sepatutnya menjadi perbualan masyarakat.

Malah ujar Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 37, akibat kemelut berkenaan, menyukarkan beliau dan juga rakan seperjuangannya dalam kumpulan Bocey, Fad untuk membantu isteri kepada Allahyarham Abam.

“Apapun pergolakan yang berlaku antara dia (Ali) dan balu arwah, saya memang tak boleh dan takkan masuk campur. Kalau sebelah pihak dah mula nak berbaik, jadi sebelah pihak sana kena menerima dengan hati yang terbuka, pulihkan keadaan seperti biasa.

“Ini supaya kami pula boleh berbakti, kerana (sekarang) kami berdua tak boleh nak demikian dan ramai tanya tak tolong balu arwah ke? Tak boleh, mereka dalam proses mahkamah dan melibatkan bank.

“Kalau ada benda lain yang hadir (akaun) maka menjadi ‘auto-pending’ (masalah). Benda dah selesai, baru kita akan jalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat,” katanya.

Achey berkata demikian ketika ditemui majlis hari raya anjuran pengeluar motosikal elektrik, GGR Motor (M) Sdn Bhd di Kampung Sungai Penchala baru-baru ini.

Beliau dan Fad kini mengambil langkah enggan menunjukkan video menziarahi kubur Abam kerana tidak mahu mengajak orang ramai menambahkan permasalahan tersebut.

“Pergi tetap pergi dan kita tak videokan dah sekarang… Saya tak nak dan seperti yang saya cakap sebelum ini, kalau boleh permasalahan ini diselesaikan dengan baik, dah berlanjutan beberapa tahun dah,” katanya.

Dalam pada itu, Achey turut berkongsikan berita gembira mengenai kumpulannya, Bocey akan kembali beraksi bersama anggota asal dibantu barisan rakan artis.

“Bocey comeback kita akan jalankan podcast lebih kepada kemasyarakatan dan diterima rakyat

“Kemudian konsert di PJ PAC (PJPAC Petaling Jaya Performing Acts Centre) dan Singapura. Ada tiga segmen; podcast, soal jawab, musikal dan sketsa. Saya dan Fad akan bawakan satu konsep baru tetapi masih kekalkan komedi Bocey yang dirindui orang ramai,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca