Sejuk mata memandang, Farah Nabilah kini sudah berhijab
TEKA-teki mengenai penampilan Farah Nabilah yang dilihat kerap berselendang dan seterusnya sudah berhijab sepenuhnya akhirnya terjawab apabila aktres itu mengakui sudah tampil dengan imej baharu.
Biarpun enggan memberi komen lanjut, namun pelakon yang terkenal menerusi drama Titian Cinta itu tidak menafikan sudah tampil bertudung.
"Ya, saya sudah berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya. Bagaimanapun, tak perlulah saya ulas panjang lebar, lagi pun, saya rasa tidak perlu diumumkan.
"Cuma, saya nak ucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan saya dan segala kebaikan kepada keluarga," katanya kepada BH Online.
Terdahulu, beberapa selebriti seperti Izara Aishah, Siti Elizad, Vicha dan Betty Rahmat antara yang membulatkan tekad hati untuk berhijab.
Farah atau nama sebenarnya, Farah Nabilah Saipuddin mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang putera, Andre Omar yang kini berusia 9 bulan.
SUMBER : BH Online
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang