PELAKON Mia Ahmad selamat melahirkan cahaya mata ketiga yang juga merupakan seorang bayi perempuan pada pagi Selasa.

Berita gembira tersebut dikongsi suaminya, Mohd Izham Tarmizi yang juga penjaga gol Sri Pahang FC menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan, anak ketiga kami pada jam 1.25 pagi tadi.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan urusan kalian semuanya,” tulisnya.

Mia bersama suami dan anak-anak.

Pada perkongsiam, Izham turut memuat naik foto pertama cahaya mata ketiganya itu. Meninjau ruangan komen, para peminat dan pengikut pasangan selebriti ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

Iklan

Mia dan Mohd Izham Tarmizi mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Sayf Issa dan Iris.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.