Selamat disatukan dengan Penerbit Eksekutif TV3, Mas Idayu kembali bergelar isteri

A
A
A

SELEPAS 16 tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu kembali bergelar isteri apabila selamat disatukan dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada pagi Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru iaitu Azizi Abd Hamid yang berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan hanya dengan sekali lafaz pada majlis yang diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Pada majlis ijabkabul yang berlangsung harmoni bersaksikan keluarga dan rakan terdekat itu, Mas Idayu, 50, menerima mas kahwin berjumlah RM1001 daripada Sufian beserta lima dulang hantaran, berbalas tujuh. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.

Mas Idayu dan suami akan diraikan dalam majlis resepsi bertemakan fairytale yang akan diadakan di lokasi sama pada sebelah malam.

Majlis perkahwinan pasangan ini juga mendapat tajaan dianggarkan RM7 juta, merangkumi lokasi, katering, busana dan aksesori.

Pasangan yang mula berkenalan sejak program Mentor 3 pada 2008 itu merancang untuk berbulan madu di Santorini, Greece selama dua minggu.

Terdahulu penyanyi yang cukup dikenali dengan lagu Cintaku 100% itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997, namun bercerai pada 2006. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa, 25.

(FOTO: INSTAGRAM HUDA KHALID)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca