Selamat disatukan, Syifa Melvin kini milik Safawi Rasid

syifa melvin nikah safawi rasid
syifa melvin nikah safawi rasid
A
A
A

SELEBRITI popular media sosial, Syifa Melvin kini bergelar isteri apabila selamat diijabkabulkan dengan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 25, pada Isnin.

Pasangan tersebut dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Ustaz Khairil Nizam sambil disaksikan oleh bapa Syifa, sendiri iaitu Amirol Melvin Abdullah hanya dengan sekali lafaz.

Pada majlis penuh harmoni yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya itu, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah, 28, menerima mas kahwin daripada pihak lelaki berupa sebentuk cincin berlian, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Hari penyatuan hati pasangan ini turut diraikan 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak.

Antara yang turut hadir ialah rakan-rakan artis seperti Nabila Razali, Riena Diana, Uyaina Arshad, Raja Syahiran dan lain-lain.

Terdahulu berita pernikahan adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu kecoh diperkatakan di media sosial apabila kad perkahwinan mereka tersebar lebih awal.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca