SEMPENA dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai ini, stesen televisyen TV AlHijrah membawakan seleksi program menarik untuk penonton setianya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, kempen Aidiladha di TV AlHijrah sudah bermula sejak 1 Julai lalu sehingga 23 Julai depan.

“Kempen Aidiladha 1442h kali ini akan menggunakan tema Pengorbanan Kasih Abadi. Pengorbanan Kasih Abadi dipilih bagi mengambil ibrah peristiwa di mana Nabi Ibrahim diperintahkan Allah SWT menyembelih anak kesayangan Baginda iaitu Nabi Ismail A.S.

“Pengorbanan Kasih Abadi juga menzahirkan pengorbanan umat Islam menahan kerinduan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah,” katanya.

Sementara itu, Namanzee memaklukan bahawa bulan Julai 2021 juga adalah bulan istimewa TV AlHijrah dan mereka memperkenalkan satu lagi inisiatif baharu yang dikenali sebagai Inisiatif Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) TV AlHijrah.

Jelasnya, inisiatif berkenaan dilancarkan dengan tujuan memeluk emosi, memberi ketenangan jiwa serta membantu rakyat Malaysia mengharungi waktu-waktu sukar sepanjang pandemik Covid-19.

“Inisiatif PKPD TV AlHijrah terbahagi kepada dua elemen utama iaitu siaran rancangan di televisyen (on air) dan juga aktiviti lapangan (on ground).

“Untuk aktiviti lapangan ini kita akan bawakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dikenali sebagai Hijrah Prihatin yang akan dilaksanakan sehingga Disember 2021,” katanya.

Senarai Program TV AlHijrah Sempena Aidiladha 1442

  1. Labbaikallah (Bual Bicara)–  Labbaikallah adalah program bual bicara berkaitan musim haji yang dikendalikan oleh Ustaz Abdullah Khairi dan Imam Muda Azhar. Kedua-dua hos rancangan ini akan akan mengupas pelbagai topik bersama panel-panel jemputan terkemuka. (9 hingga 23 Julai – 9.30 malam)
  2. Drama Bujang Haji (Drama bersiri) – Kisah tiga sahabat yang bercita-cita untuk menunaikan haji serta cabaran yang mereka tempuhi dalam membuat persiapan menjadi duyufurrahman. (Setiap Isnin dan Selasa 6.00 petang)
  3. Tiada Tajuk (Filem)– Filem Tiada Tajuk mengisahkan tentang tiga orang pemuda kampung yang ingin menjadi penyanyi rock dan pop terkenal. Mereka berimpian besar tetapi malangnya bakat mereka tidak dihargai penduduk kampung. (19 Julai – 10.30 malam)
  4. Ustaz Kartun & Robojim (Animasi kanak-kanak Islamik) – Sebuah rancangan kanak-kanak yang dihoskan oleh Ustaz Nazrul atau Ustaz Kartun dan watak animasi Robojim yang mengajar ilmu Al-Quran, tajwid, hafazan, dan tulisan Jawi dengan kaedah “kartungogi”, melukis dan animasi. (Setiap Sabtu dan Ahad – 5.00 petang)

 Rancangan Televisyen Baharu

  • Saranghae adalah program berkonsepkan majalah realiti yang memaparkan aktiviti pendakwah terkemuka negara bersama keluarga di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Saksikan bagaimana Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, Prof. Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Pu Rahmat, Imam Muda Hafiz, Ustaz Ilyas Ismail, Ustaz Husaini, serta Ustaz Shahrizan Al Tarubi menjalani kehidupan harian dengan lebih bermakna disamping keluarga tercinta.

Tarikh Siaran: Bermula 30 Julai, Jumaat, 10 malam

  • Kapsul Wabak

Program ini merupakan kompilasi 20 hadis pilihan yang dikupas oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi. Pemilihan hadis ini adalah bersesuaian dengan keadaan pandemik yang melanda dunia kini.

Antara kupasan yang disampaikan adalah Duduk Rumah Dapat Pahala, Jauhi Kawasan Penyebaran Penyakit, Allah SWT Memuji Barisan Hadapan, Kuarantin Kendiri di Rumah dan banyak lagi.

Tarikh Siaran: Bermula 12 Julai, Isnin – Khamis, 7.25 malam

Iklan
  • Soul Fitness

Program dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI). Program ini merupakan kapsul bacaan Al-Quran berdurasi lima minit yang mengajak penonton untuk mencari ketenangan jiwa dengan Al-Quran.

Soul fitnes dikendalikan oleh Ustaz Fazrul Ismail, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Tirmizi Ali

Tarikh Siaran : Bermula 16 Julai 2021, Jumaat – Ahad, 7.25 malam

  • Tangan Seni

Program yang dibuat khusus bagi memberi semangat buat penonton di rumah untuk mencipta hobi baru sepanjang tempoh PKP bersama keluarga tercinta. Program ini akan menonjolkan aktiviti DIY penonton di rumah samada berkebun, bertukang, memasak, membaik pulih kenderaan, dekorasi dan pelbagai aktiviti menarik lain yang sesuai dikongsi.

Iklan

Tarikh Siaran : Bermula 24 Julai 2021, Setiap Sabtu & Ahad, 5.30 petang

  • Ngaji On The Go

Sebuah program siaran langsung yang menampilkan barisan selebriti tanah air dalam melantunkan bacaan Al-Quran dengan tartil dan talaqqi.

Saksikan Nina Farzurina, Zizi Kirana, Diana Amir dan Mawar Rashid bersama ustazah Aishah Bain menghayati Al-Quran mengikut cara bacaan sebenar Baginda Rasulullah SAW.

Tarikh Siaran : Bermula 24 Julai 2021, Setiap Sabtu, 7.30 petang