Selendang Daiyan Trisha, antara yang curi tumpuan dalam kempen Joviankan Rayamu

A
A
A

SETELAH 16 tahun berada di pasaran, jenama fesyen terkenal dan komersial, Jovian meneruskan tradisi melancarkan koleksi raya menerusi kempen tradisinya, Joviankan Rayamu.

Lebih 40,000 unit koleksi raya seperti baju, tudung, selendang dan aksesori tersedia untuk orang ramai yang kini sedang rancak membuat persiapan Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi.

Menariknya kempen kali ini turut menyaksikan kolaborasi bersama pelakon popular Daiyan Trisha menerusi koleksi selendang Daiyan by Jovian.

Menurut pemilik jenama tersebut, Datuk Jovian Mandagie, koleksi selendang itu merupakan penghormatan kepada kecantikan dan keanggunan wanita, dengan setiap selendang direka dengan teliti untuk menjelmakan rasa keanggunan abadi.

“Dengan rangkaian warna yang menakjubkan dan reka bentuk yang rumit, koleksi ini sesuai untuk sebarang majlis, daripada acara istimewa hingga pakaian harian.

“Ia juga bukan sekadar koleksi selendang biasa, namun menjadi simbol harapan dan ketabahan.

“Projek ini juga jadi kesinambungan keserasian kami bersama Daiyan sekali gus memenuhi permintaan peminat masing-masing,” ujarnya yang sebelum ini berkolaborasi dengan pelakon tersebut menerusi projek pelitup muka.

Antara koleksi menarik dalam kempen Joviankan Rayamu.

Menerusi kempen sama, jenama berkenaan turut melancarkan beberapa cabang rangkaian fesyen lain termasuk Jovian Pop Raya, Dainty Flowers, Nona Malaya (kerjasama dengan Aeon), Jovian Men, aksesori Bulan Bintang (kerjasama bersama Wanderlust + Co) dan Jovian Luxe.

Beri Pilihan

Jovian optimis menyasarkan kempen tersebut sebagai usaha menjadikan empayar niaganya sebagai ‘pusat sehenti raya’ pilihan seisi keluarga.

“Kami mahu menjadikan kempen ini sebagai platform beli-belah terbaik untuk keluarga tak kira belian di stor fizikal mahupun atas talian.

“Segala keperluan seperti baju raya golongan lelaki dewasa dan kanak-kanak, wanita dewasa dan kecil tersedia untuk kemudahan bersama. Jadi tak perlu fikir jauh, carilah jenama kami untuk persiapan raya anda,” katanya.

Tambah Jovian, kempen yang baru dilancarkan itu juga menjadi lebih istimewa apabila menghidupkan gabungan tradisi dan moden untuk menyemarakkan kembali semangat berhari raya.

Memberikan pilihan kepada peminat dan pelanggan setia jenamanya, Jovian menegaskan bahawa koleksi diketengahkan daripada harga mampu milik hingga ke premium.

Tidak hanya itu, jenama berkenaan juga menawarkan belian rangkaian kempen raya tersebut secara ansuran tiga kali menerusi aplikasi Shopback, selain ada menawarkan belian kombo tiga helai tudung RM100, sah laku di semua butik dan di laman rasmi.

Untuk ke butik fizikal, boleh kunjungi pusat beli belah seperti Melawati Mall, IOI Putrajaya, Publika, Berjaya Times Square, Pavilion selain cawangan di Bangi, Bangsar dan Shah Alam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca