Selepas banyak kali kena 'reject', Usop selamat bertunang

A
A
A

PENYANYI dan finalis Big Stage, Usop melangkah setapak ke hadapan dalam perhubungan percintaannya dengan mengikat tali pertunangan semalam.

Penyanyi yang berusia 24 itu selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim, 25, yang dikenali sejak tiga tahun lalu.

Majlis tertutup yang berlangsung di sebuah dewan komuniti di Pulau Pinang dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menyaksikan upacara menyarung cincin sebagai simbolik disaksikan keluarga masing-masing, selain Usop menyerahkan lima dulang berbalas tujuh.

Pemilik nama sebenar Muhamad Saiful Naim Mohd Noor itu mengatakan mahu menyunting Nur Fatihah dengan secepat yang mungkin.

"Kalau boleh saya mahu mempercepatkan perkara baik. Insya-Allah, saya merancang mengadakan majlis pernikahan pada Februari depan," ujarnya menerusi sidang media secara virtual petang semalam.

Kata penyanyi lagu Selamanya itu, mereka akan mengadakan majlis pernikahan dan resepsi di Pulau Pinang, manakala majlis di Kuala Lumpur belum diputuskan lagi.

Selepas banyak kali kena 'reject', Usop selamat bertunang Usop selamat bertunang dengan gadis pilihannya – Kredit gambar @alenphotography / @kakiklikphotography

"Apapun, kami mengharapkan doa yang baik-baik. Orang kata dugaan pertunangan ini hebat, jadi saya dan tunang kena kuat menghadapinya," ujarnya.

Menceritakan kembali bibit pertemuan dengan tunangnya kepada media, dia terserempak dengan tunangnya di rumah terbuka seorang rakan dan terpesona melihat kecantikan Nur Fatihah yang berwajah 'anak mami'.

"Saya pasang strategi memulakan perkenalan dengan menyapanya di laman Instagram (IG). Tetapi pada mulanya Nur Fatihah tidak melayannya. Banyak kali saya kena 'reject'.

"Ketika itu terdetik dalam hati, berlagak sungguh Nur Fatihah, namun, saya pula jenis pantang mengalah. Saya berusaha hingga dapat memenangi hatinya.

"Saya bersyukur Nur Fatihah tidak pandang rupa. Lagipun, ketika itu, saya belum punya apa-apa," ujarnya.

Kata Nur Fatihah pula, dirinya nampak kesungguhan Usop dalam menawan hatinya.

Katanya, Usop nampak ikhlas dan tidak mengalah untuk memenangi hati saya serta berani membawa hubungan mereka ke tahap lebih serius hingga bertemu keluarga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca