Rasai makanan autentik negara matahari terbit, Genki Sushi peroleh sijil halal, tawar menu baharu. Wajib cuba!

No Image Caption
A
A
A

MEMANG lain daripada lain dan bersiap sedia untuk merasai pengalaman makan yang tiada tandingan di Genki Sushi Malaysia, yang mana inovasi bertemu dengan kelazatan.

Genki Sushi kini memperkenal menu baharu yang membangkitkan selera, dari hidangan Sashimi Moriawase yang segar dan Spicy Salmon Tempura Maki yang pedas, hingga Unatama Tempura Maki yang rangup serta Trio Salmon Sashimi yang penuh dengan citarasa.

No Image Caption

Kepada pencinta masakan Jepun, jangan lepaskan peluang mencuba Tempura Moriawase, Yakiniku Roll, dan Agedashi Tofu kerana setiap hidangan ini membawa kalian lebih dekat dengan pengalaman masakan dari negara matahari terbit itu.

Menikmati hidangan lazat sahaja tidak cukup kerana di Genki Sushi, pengalaman makan makanan Jepun bukan sekadar tentang rasa, tetapi tentang cara syarikat itu dalam memberikan pengalaman perkhidmatan terbaik.

No Image Caption

Untuk pertama kalinya, Genki Sushi adalah perintis kepada sistem penghantaran makanan kereta api sushi di Malaysia. Konsep ini dilengkapi dengan kereta api mini yang akan membawa pesanan terus ke meja pelanggan. Makanan yang dipesan akan melalui landasan yang dibina di sebelah meja tanpa anda perlu risau tersilap nombor meja.

Artikel Berkaitan:

Kejayaan besar ini tidak hanya terletak pada pengalaman makan sushi yang autentik, tetapi juga pengesahan sijil Halal yang baru diterima oleh Genki Sushi Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk kelima-lima cawangannya.

Ini membuktikan komitmen syarikat itu terhadap kualiti dan keselamatan makanan bagi memenuhi piawaian tertinggi dan memastikan setiap item dalam menu adalah selamat serta sesuai untuk dinikmati semua pelanggan.

Pengalaman makan yang mengasyikkan itu boleh dinikmati di semua cawangan Genki Sushi di Malaysia. Jemput rakan dan keluarga anda untuk menikmati keunikan sushi yang sebenar yang dihantar dengan cara yang belum pernah anda alami!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang