'Masa sihat tak nak, selesa hidup sorang...' Selepas 8 tahun, Kiah Propa kahwin semula, mahu jaga bekas suami hidap kanser

No Image Caption
A
A
A

JARANG-jarang kita dengar kisah macam ini. Kebiasaannya, apabila suami isteri bercerai hubungan akan jadi renggang dan bermasam muka. Tetapi ada juga yang menjalani kehidupan seperti biasa demi anak-anak.

Namun, kisah pelakon Kiah Propa menjadi perhatian ramai apabila beliau dan bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail, berkahwin semula selepas lapan tahun berpisah.

Kisah mereka bukan sekadar cerita biasa, ada sebab di sebalik semua ini berlaku. Kiah, atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil, berkongsi bahawa selama lapan tahun berpisah, bekas suaminya tak pernah berhenti memujuk untuk mereka kembali bersama.

Namun, dirinya yang sudah terbiasa hidup berdikari sebagai ibu tunggal dengan menjual laksa memilih untuk hidup solo kerana sudah selesa dengan kehidupan tersebut.

"Lapan tahun duda ajak aku nikah, masa tu dia sihat aku tak nak. Malah aku dah selesa hidup seorang.

Bagaimanapun, jodoh itu rahsia ALLAH. Hati pelakon drama Jangan Menangis Cinta itu akhirnya terbuka selepas mengetahui bekas suaminya itu disahkan menghidap penyakit kanser.

Kiah yang juga terkenal dengan suaranya yang lantang dan makan dalam itu bagaimanapun berkongsi keputusan untuk menerima Nazri sebagai suami adalah atas niat yang tulus.

Artikel Berkaitan:

Bahkan, wanita yang kini berusia 45 tahun itu berkata, perkahwinan keduanya itu bagi mengelakkan sebarang fitnah selain memudahkan beliau menguruskan suaminya tanpa memikirkan tentang dosa.

"Tapi jodoh aku dengan dia ini panjang pula. Kali ini dia sakit aku terima dia, Insya-ALLAH sebab aku nak jaga dia,"ujarnya.

Ibarat jatuh ditimpa tangga. Bukan sahaja menjadi isteri kepada suami yang sakit, anak bongsu mereka juga disahkan mengalami penyakit ranula.

Di sebalik karakter beliau yang happy go lucky itu, rupa-rupanya tersimpan jutaan kesedihan. Bekas penulis skrip di Astro itu turut memohon doa orang ramai agar suaminya diberikan kesembuhan.

"Dalam pada masa sama, niaga nak diteruskan anak bongsu pula ada ketumbuhan di bawah lidah ranula, banyak ujian aku.

"Itulah di sebalik gelak, aku simpan jutaan kesedihan moga ALLAH SWT ada dengan aku. Kalian doakan aku kuat untuk semua ini,"katanya.

Sebagai info, majlis akad nikah itu diadakan secara sederhana di rumahnya dekat Rawang, Selangor hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Kiah dan Nazri berkahwin pada 2011 namun dan berpisah selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang