“Semalam genap setahun arwah abah pergi, hari ini ibu pula menyusul menghadap Ilahi”

A
A
A

PENYANYI Ezad Lazim memaklumkan bahawa ibunya Rosadah Jahaya, 69, telah meninggal dunia pada jam 6.30 pagi tadi.

Perkongsian Ezad tersebut dibuat di laman Instagramnya.

“Ibu saya Rosadah Jahaya telah pergi menghadap yang esa pada hari ini. Mohon doakan yang terbaik buat arwah ibu saya,” tulis Ezad.

“Baru semalam kita kenang pemergian arwah abah dah setahun, hari ini mak pula menyusul pergi meninggalkan kita,” coretnya lagi.

Ezad bergegas pulang ke kampung sebaik mengetahui berita kematian ibunya.

Difahamkan arwah ibu Ezad meninggal dunia di rumah mereka di Taman Wira, Mergong, Alor Setar, Kedah setelah rebah di dalam bilik air ketika mahu mengambil air wuduk untuk solat Subuh.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Uda, Alor Setar selepas Asar.

Semalam genap setahun pemergian arwah ayah Ezad yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada usia 74 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca