PENYAMPAI radio Suria FM, DJ Lin mendedahkan berat badannya kini menyusut sehingga empat kilogram (kg) semenjak di masukkan ke hospital akibat alahan seminggu lalu.

Menurut DJ Lin yang cukup sinonim dengan segmen Suria Cinta di Suria FM itu, alahan serius yang dialaminya lebih dua minggu lalu itu menyebabkan dia hilang selera makan dan sukar bernafas.

“Sudah tujuh hari saya duduk di wad KPJ Damansara. Berat badan sudah 4kg turun.

“Terus doakan saya semoga kuat, segera diberi kesembuhan dan pulih sepenuhnya,” katanya.

Beberapa hari lalu, DJ Lin memaklumkan alahan tersebut juga menyebabkan saluran pernafasannya menjadi sempit sehingga sukar untuk bernafas.

“Keadaan jadi teruk sebab makin banyak alahan yang keluar satu badan hingga saluran pernafasan mula sempit dan sukar bernafas.

Iklan

“Doktor terpaksa gunakan alat bantuan pernafasan (oksigen),” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, DJ Lin turut merakamkan ucapan terima kasih buat rakan-rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan kesihatannya dan mengakui rindu untuk kembali ke udara.

“Rindu sangat dah ni nak ke udara untuk Suria Cinta di Suria FM,” ujarnya yang kini masih dalam pemantauan penuh doktor.