PELAKON dan penyanyi, Rafidah Ibrahim sah bergelar isteri kepada Shahzemir Shahzulkarib dalam satu majlis tertutup mengikut prosuder operasi standard (SOP) pada Rabu.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Rafidah menerusi media sosialnya hari ini.

“Alhamdulillah. Tanggal 5hb Mei, saya telah bergelar isteri kepada Shahzemir Shahzulkarib. Syukur ke hadrat ilahi, dalam kekalutan membuat persediaan yang sangat ringkas, semuanya tetap berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Hanya dihadiri adik-beradik dan keluarga terdekat sahaja. Maaf saudara-mara, sahabat dan semua, majlis dibuat sangat ringkas dan mengikut SOP serta jumlah jemputan yang sangat terhad

“Terima kasih buat semua yg terlibat secara langsung dan tak langsung dalam perlangsungan majlis akad nikah kami.

Iklan

“Kami mohon maaf pada setiap kekurangan dan kelemahan sepanjang majlis berlangsung,” tulisnya.

Iklan

Difahamkan Rafidah dan Shazemir sudah mengenali antara satu sama lain sejak 10 tahun lalu.