Seniman, Finas berganding bahu hulur bantuan

Untitled design (21)
Untitled design (21)
A
A
A

PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berganding bahu dalam menghulurkan bantuan kepada karyawan seni yang kurang bernasib baik.

Terbaharu, Seniman bersama Finas menerusi Ziarah Prihatin Seniman dan Finas memberikan barangan asas keperluan makanan kepada penerbit dan pelakon veteran, Papa Rawi bersama isterinya, Mama Rawi.

Papa Rawi atau nama sebenarnya Mohd Rawi Mohd Said dan juga isterinya yang juga seorang pelakon, Zarela Abdul Kadir, kini tidak lagi mampu menguruskan syarikat produksi dan berlakon lagi.

"Kami tidak mampu menguruskan syarikat produksi dan berlakon lagi, tapi cukuplah ALLAH SWT izinkan kami boleh bergerak ke masjid dan mendengar kuliah agama,” ujar Papa Rawi mewakili isterinya kepada Seniman.

Ziarah hanya mengambil masa yang singkat itu diketuai oleh Timbalan Presiden Kapten B (P.A), Zuraini Kassim bersama Exco Biro Kebajikan, Azifah Zainon Abidin;  Exco Muafakat Kapten B (P.A), Salman Al-Farisi serta team Seniman TV.

Persatuan Seniman Malaysia dalam perkongsian menerusi akaun media sosial mereka turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Finas dan penyumbang yang sentiasa memberi sokongan kepada anak seni.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca