‘Sentiasa ingat ALLAH ada dengan kita,’ pesanan Allahyarham Bad Indigo 3 hari lalu runtun hati ramai

“KENA sentiasa ingat, ALLAH ada dengan kita. ALLAH tak kejam kan? Insya-ALLAH.”

Itu perkongsian terakhir penyanyi kumpulan Indigo, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah pada tiga hari sebelum pemergiannya semalam.

Berita kematian yang dikhabarkan pada jam 7 malam semalam itu mengejutkan ramai kenalan, rakan selebriti dan bekas isteri.

Difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 di tempat kerjanya di Ampang, Selangor.

Pun begitu, sebelum pemergiannya, Allahyarham sempat menitipkan pesanan dalam satu hantaran video di Instagram rasmi miliknya tiga hari lalu.

Pesanan terakhirnya itu mencuri perhatian ramai yang rata-rata membuatkan warga maya tersentuh hati mendengar bicaranya di dalam video berkenaan.

Baca juga Bad Indigo meninggal dunia di tempat kerja di Ampang. Rakan selebriti, bekas isteri terkejut

“Assalamualaikum, selamat pagi, harap semua orang sihat. Apa je yang anda sedang lalui ataupun apa sahaja yang menimpa anda, yang paling penting sekali, jangan berputus asa.

“Buka pintu hati, tengok… banyak lagi kebaikan yang ada. Insya-ALLAH, Assalamualaikum.,” pesan Allahyarham dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang baru tahu mengenai pemergiannya meluahkan rasa terkejut. Mereka juga dalam masa yang sama turut sedekahkan doa buat Allahyarham.

Ujar mereka;

“Abang Bad ni baik orangnya. Sentiasa mendoakan peminat-peminatnya. Sentiasa ceria.”

“Al-Fatihah… Semoga roh arwah dicucuri rahmat… ya ALLAH ampunilah dosanya. Masukkan ke syurgaMu tanpa hisab.”

Baca juga Jutaan wanita Malaysia hidap penyakit kencing manis. Mereka boleh hamil, lahirkan bayi, tetapi…

Iklan

“Al-Fatihah buat Abang Bad. Selalu bagi nasihat di sini. Ni dah tak ada dah. Semoga di tempatkan di tempat yang ALLAH sayang.”

Seperti dilaporkan sebelum ini, Bad menghidap kencing manis dan pernah menjalani pembedahan membuang tiga jari kaki pada Mei tahun lalu, sebelum semua jari kakinya terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian.

Susulan itu, beliau difahamkan memohon status OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Allahyarham telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Ashira pada 11 Mac 2021. Bagaimanapun, ikatan perkahwinan yang dibina tidak kekal lama apabila mereka telah bercerai pada 23 Jun 2022.

Jenazah Bad akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat, hari ini.

Iklan

Al-Fatihah, salam takziah buat seluruh ahli keluarga.

Sumber: Instagram bad.indigo_official

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!