BIARPUN penglibatannya dalam industri seni masih lagi baru, nama penyanyi yang juga komposer muda, Yonnyboii kini semakin menjadi sebutan ramai.

Bukan sahaja sebagai penyanyi, tetapi bakat Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 22, dalam bidang penciptaan lagu turut berjaya menaikkkan namanya.

Ini terbukti apabila tiga buah lagu nyanyian dan dan ciptaan sendiri iaitu Sakit yang dinyanyikan secara duet bersama Zynakal), Kelabu (duet bersama Azlan Typewriter) dan X Missing You (kolaborasi bersama Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan Tuju K-Clique) berjaya tersenarai di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 yang bakal berlangsung hujung November ini.

Dalam masa sama, penyanyi yang mesra disapa sebagai Yonny itu bakal melancarkan kembali single singlenya terdahulunya, Salahku dalam versi terbaharu dengan judul Salahku 3.0.

Menurutnya Yonny, versi terbaharu itu cuba mempamerkan sisi berbeza dari segi gubahan muzik serta jiwa lagu itu sendiri.

“Dalam versi terbaharu ini, Salahku bukan sahaja diberi gubahan lebih segar, malah lirik lagu juga dirombak sedikit bagi menyuntik semangat dan jiwa berbeza kepada lagu asal yang cipta pada tahun lalu ini.

“Walaupun perubahannya nampak kecil namun ianya membawa makna yang sedikit berbeza,” ujarnya.

Versi asal Salahku sebelum ini mendapat sambutan hebat daripada peminat muzik tanah air apabila muzik videonya berjaya meraih enam juta tontonan di saluran YouTube sejak dilancarkan pada Ogos lalu.

Begitu juga dengan sambutan yang diterima menerusi platform penstriman muzik digital apabila lagu meraih perhatian luar biasa.

Justeru, Yonny mengharapkan agar sokongan yang sama diberikan kepada Salahku 3.0 yang tampil dengan sesuatu yang lebih segar.

“Saya menyerahkan kepada peminat untuk menilai apa yang cuba saya sampaikan menerusi versi terbaharu ini.

Iklan

“Bagaimanapun saya harap ia dapat diterima baik oleh semua yang mendengar lagu ini sebagaimana versi yang terdahulu,” kata Yonny.

Salahku 3.0 diterbitkan oleh Universal Music Malaysia dengan kerjasama Def Jam Malaysia.

Karya terbaharu Yonnyboii itu boleh didapati di kesemua platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer bermula 6 November lalu.

Iklan

Manakala video lirik lagu itu boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada hari yang sama.

 

(FOTO: Universal Music Malaysia)