PELAKON dan pengacara Serina Redzuawan selamat bergelar isteri buat kali kedua kepada lelaki pilihan yang dikenali sebagai Aidid, 35, pada Jumaat.

Menerusi perkongsian yang dilakukan menerusi laman Instgaram miliknya sebentar tadi, Serina, 38, meluahkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya berjalan lancar biarpun diadakan secara tertutup.

“Sempena hari Jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, saya nak umumkan dah selamat mendirikan ‘masjid’ bersama suami.

“Majlis nikah kami secara tertutup sahaja. Alhamdulillah diselesaikan yang wajib dahulu.

“Benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah, kita yang lahir di bumi semuanya dah tertulis di Loh Mahfuz.

“Alhamdulillah dialah yang terbaik Allah kirimkan buat saya untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluarga saya,” ujarnya.

Serina dan suami bersama bapanya, Cef Wan serta anak-anak.

Dalam perkongsian sama, Serina yang juga merupakan anak kepada selebriti popular, Cef Wan menzahirkan rasa terima kasih kepada bapanya yang merestui perkahwinan kali keduanya itu.

“Terima kasih papa merestui perkahwinan kami. Insya-ALLAH lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran Papa ya.

“Terima kasih juga kepada keluargaserta sahabat yang tak putus beri saya dan Aidid (suami) semangat serta doa,” katanya.

Iklan

Tidak hanya itu, Serina turut menitipkan kata-kara buat suaminya yang merupakan seorang penjawat awam yang berstatus duda.

“Sayang terima kasih terima saya seadanya dan kita saling melengkapi kekurangan. Semoga mendapat reda Allah SWT,” tulisnya.

Terdahulu Serina pernah berkahwin dengan Gavin Edward OLuanaigh pada 1 Januari 2010, namun berpisah pada 1 Ogos 2017.

Iklan

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffuya yang kini berusia 10 tahun.

 

(FOTO: Instagram Serina Redzuawan)