AKIBAT tidak dapat bergerak setelah diserang angin pasang dan kebas seluruh badan, bekas anggota kumpulan KU2 dan juga pelakon serta penerbit, Kumin, terpaksa meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah untuk membawanya turun ke hospital.

Cerita Kumin atau nama sebenarnya Khuzami Ismail, 49, dia kini berhadapan masalah pergerakan terhad dan hanya duduk di katil sahaja.

“Saya sudah merasa tidak sihat sejak beberapa hari lalu tetapi disebabkan perlu menyiapkan penggambaran drama, maka saya cuba bertahan.

“Namun Jumaat lalu saya memang sudah boleh tahan lagi kerana mengalami sesak nafas dan diikuti serangan angin pasang di rumah.

“Jadi saya minta bantuan pelakon, Yank Kassim untuk membawa ke hospital. Bagaimanapun ketika itu saya rasa tak boleh bergerak kerana kebas anggota badan.

“Bagi mencarik jalan penyelesaian, saya menghubungi pihak ambulans dan seterusnya menghubungi pasukan bomba bagi membantu membawa saya turun dari unit kediaman ke hospital,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Kumin terpaksa meminta bantuan anggota bomba untuk membawanya ke hospital.

Tambah Kumin, dia ditahan di Hospital Ampang sejak Jumaat lalu dan doktor memaklumkan selain diserang angina pasang, dia juga mengalami air berlebihan dalam badan.

Katanya, kedaannya kembali stabil tetapi perlu dirawat sekitar lima hari lagi.

“Alhamdulilah sekarang saya masih sihat dan dipanjangkan umur lagi.

Iklan

“Terus-terang, kalau Jumaat keadaan saya memang teruklah. Tapi, Alhamdulillah syukur kesihatan saya lebih baik dan boleh dikata, 80 peratus sudah stabil.

KUMAN DAN KUMIN
Gambar kenangan Kumin bersama Allahyarham Kuman ketika bersama menganggotai kumpulan KU2.

Terdahulu, Kumin mula aktif dalam industri hiburan sejak era 1990-an. Dia bersama rakan baiknya Allahyarham Bob Kuman pernah menubuhkan  kumpulan duo dikenali KU2 yang berjaya melonjakkan populariti mereka meskipun bertubuh besar.

Iklan

Selama membina nama bersama KU2, duo ini pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi pada 1994, Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

Berbanding Allahyarham Kuman yang banyak berlakon,  Kumin pula memilih lebih memberi fokus pada kerja belakang tabir dan menjadi pengurus produksi.

SUMBER : Harian Metro