Sesak nafas, Roy Ratnaku dimasukkan ke hospital

Roy Ratnaku
Roy Ratnaku
A
A
A

PENYANYI yang popular dengan lagu Ratnaku, Roy dimasukkan ke Hospital Banting, pada Jumaat, akibat sesak nafas.

Menurut Roy atau nama penuhnya Mohammad Rauzan Alwi, 57, sebagaimana dilaporkan sebuah media, doktor mengesahkan dia terkena jangkitan kuman di paru-paru.

“Saya fikir hanya sesak nafas biasa, namun selepas pemeriksaan dilakukan, saya diberitahu terdapat jangkitan kuman pada paru-paru. Saya terus dimasukkan wad untuk rawatan lanjut.

“Sekarang ini pun saya masih rasa sesak nafas. Nak bercakap banyak pun tak larat sangat.

“Disebabkan ada jangkitan kuman, perlukan rawatan segera. Cuma saya tidak tahu berapa lama akan ditahan,” ujar bekas peserta Gegar Vaganza musim keenam itu lagi.

Sementara itu, Roy turut memaklumkan dia juga menjalani ujian saringan Covid-19 dan masih menunggu keputusan

“Kalau positif, saya akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh. Harap-harap janganlah begitu,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca