Setahun selepas ditayangkan, Bulan & Pria Terhebat kini di Astro First

A
A
A

SETELAH hampir setahun ditayangkan, filem Bulan & Pria Terhebat (BPT) akhirnya bakal menemui penonton di Astro First bermula 11 Mac ini.

Filem arahan pengarah Ghaz Abu Bakar itu pernah ditayangkan di pawagam Malaysia, Brunei dan Singapura awal tahun lalu, namun ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tayangannya terpaksa dihentikan selepas lima hari.

Menariknya, BPT mengangkat tema hero wanita dan tentunya ia sesuatu yang segar buat penggemar filem tempatan.

Penonton dapat menyaksikan kemampuan pelakon Zahirah MacWilson membawa adegan aksi yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Di samping itu, BPT juga menyaksikan kali pertama Maya Karin membawakan watak antagonis bernama Tony.

Antara daya tarikan lain filem komedi aksi ini adalah lakonan mantap Zizan Razak, Khir Rahman, Bell Ngasri, Didie Alias, Rashidi Ishak, Alif Hadi, Mimi Ernida, Aprena Manrose, Marissa Yasmin, Sofia Dendroff, Sein Qudsi dan Yus Noor.

BPT mengisahkan tentang Bulan, pelatih dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia kerana mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Bulan bertemu Haris, seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya daripada genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.

Saksikan filem BPT yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 11 Mac ini. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca