Sharifah Zarina dan anak mengamuk, ini kejadian sebenar

A
A
A

BEBERAPA hari lalu Sharifah Zarina dan anaknya, Athalia Deena Buswani menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa bengang kerana tidak puas hati dengan layanan diberikan oleh sebuah restoran.

Menerusi video dikongsikan, Sharifah Zarina mempersoalkan profesionalisme kakitangan restoran yang terletak di Petaling Jaya itu.

Difahamkan, Zarina dan ahli keluarga ke restoran tersebut kerana mahu menyambut majlis hari lahir Athalia.

Namun semalam Sharifah Zarina tampil menjelaskan kejadian yang sebenar berlaku ketika itu.

Katanya, dia dan dan Athalia mengambil langkah untuk memadamkan video tersebut kerana ingin menjelaskan cerita sebenar dengan lebih detail lagi.

"Ramai yang tidak berapa jelas dan faham sebab kenapa saya dan Athalia terlalu marah, sedih dan kecewa seperti yang kami tunjukkan di dalam video.

"Mungkin kerana video tersebut pendek sahaja dan tidak lengkap kronologinya.

"Kali ini saya mengambil langkah untuk menjelaskan secara bertulis agar anda lebih memahami bahawa saya tidak membuat fitnah dan hanya bercerita dan mengadu tentang perkara sebenar dan juga menjadi mangsa di sebalik kejadian ini," jelasnya.

Sharifah Zarina dan anak mengamuk, ini kejadian sebenar

Sharifah Zarina dan anak mengamuk, ini kejadian sebenar

Sharifah Zarina dan anak mengamuk, ini kejadian sebenar

Sharifah Zarina dan anak mengamuk, ini kejadian sebenar

Artikel berkaitan: “Mama doa anakku selamat dan sentiasa dilindungi Allah SWT,” – Normala Samsudin

Semalam, portal tempatan melaporkan sebaik Sharifah Zarina dan anaknya tiba di sebuah restoran, pelayan memberitahu mereka hanya ada 15 minit untuk membuat pesanan kerana premis tersebut akan ditutup untuk sebuah majlis.

Sharifah Zarina naik bengang dan mempertikaikan kenapa tidak dimaklumkan awal lalu menimbulkan kemarahan mereka berdua.

Dalam pada itu, susulan video tersebut tular di media sosial, pemilik restoran berkenaan tampil memberi penjelasan mendakwa apa yang dikatakan oleh Zarina adalah fitnah memandangkan notis penutupan awal sudah dimaklumkan.

Apa pun SinarPlus berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca