Sheriff cipta sejarah, raih kutipan RM16.3 juta dalam tempoh 4 hari

A
A
A

TAHNIAH! Filem Sheriff terbitan Skop Productions dan Astro Shaw meraih kutipan RM16.3 juta dalam tempoh empat hari.

Jumlah tersebut diumumkan Golden Screen Cinemas (GSC) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin.

“Alhamdulillah, filem Sheriff dah mencapai RM16.3 juta.

“Jutaan terima kasih semua atas sokongan anda semua. Bagi yang masih tak join lagi #DemamSheriff, jom kita serbu panggung ramai-ramai tengok filem Sheriff!” katanya.

Baca juga:Raih kutipan RM18 juta dalam tempoh 11 hari, ALF3 terus jadi pilihan ramai

Filem arahan Syafiq Yusof memulakan tayangan rasminya pada 18 April di panggung wayang seluruh negara.

Selain Zul Ariffin, Sheriff juga dibintangi oleh Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

Baca juga:Gandingan semula duo blockbuster Zizan & Shaheizy Sam dalam Polis Evo 3 bakal cetus fenomena, Syafiq Yusof mahu ulangi kejayaan

Filem aksi terbaharu mengisahkan tentang Sheriff (dilakonkan Zul Ariffin) seorang pegawai polis dari Jabatan Integriti yang ditugaskan untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’.

Tayangan awal filem Sheriff pada Khamis lalu, telah mencecah melebihi RM 1 juta sekali gus membuatkan Sheriff berada di tangga pertama di carta Top 10 GSC Malaysia dan mengetepikan filem antarabangsa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca