Raih kutipan RM18 juta dalam tempoh 11 hari, ALF3 terus jadi pilihan ramai

ABANG LONG FADIL 3 - RM 18 JUTA
ABANG LONG FADIL 3 - RM 18 JUTA
A
A
A

FILEM komedi aksi Abang Long Fadil 3 (ALF3) terbitan Skop Productions dan Astro Shaw terus menjadi pilihan ramai apabila berjaya meraih kutipan RM18 juta dalam tempoh 11 hari.

Wakil penerbit ALF3 yang juga merupakan Pengerusi Skop Productions, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa syukur dan terharu atas kejayaan tersebut yang disifatkan datang daripada sokongan padu peminat filem Melayu.

“Alhamdulillah atas sambutan yang memberangsangkan ini. Menerusi platform sosial media serta tinjauan pihak kami menerusi siri jelajah ALF3 baru-baru ini, kami mendapati rata-rata penonton filem ini yang hadir ke pawagam adalah daripada golongan keluarga.

”Saya dan rakan penerbit Astro Shaw ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menonton filem arahan Syafiq Yusof dan kami harap bagi yang belum menonton filem ini agar tidak lepaskan peluang untuk menyaksikan serta berhibur dengan ALF3,” katanya.

ALF3 menyaksikan Fadil lakonan Zizan Razak kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Kali ini Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han (Johan), namun dalam pada yang sama turut diburu oleh King Cobra (Datuk AC Mizal) atas dendam dahulu.

Barisan pelakon lain yang turut membintangi filem ini ialah Maya Karin, Elizabeth Tan, Kazar, Khir Rahman, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniellasya, Tania Hudson, Shuib, Ozlynn dan ramai lagi.

Filem arahan Syafiq Yusof itu kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca