Sherry Alhadad sertai team pagi ERA bermula 1 Mac

Untitled design (82)
Untitled design (82)
A
A
A

PENGACARA dan pelakon versatil, Sherry Alhadad bakal menyertai team pagi ERA menerusi segmen pagi ERA yang diberi nama ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ bersama Johan, Haniff dan Ray.

Segmen baharu itu akan menemui para peminat ERA secara rasmi bermula 1 Mac, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi.

Selain penambahan personaliti baharu di ERA, para peminat juga boleh terus berhibur dan menikmati pengisian menarik bersama ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ seperti Sketsa JoHaRaRy, Spontan ERA dan Sam Leper.

Mengulas mengenai kemasukan Sherry, Pengurus Kandungan ERA, Erman Zaki berkata, pihaknya teruja untuk memberikan sesuatu yang segar kepada pendengar setia ERA.

“Dengan pengalaman Sherry sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengacara TV tempatan, peminat-peminat ERA boleh menantikan segmen pagi yang memang ‘Ekstra Mantul’ dengan keserasian bersama personaliti-personaliti sedia ada.

“Kami berterima kasih kepada semua peminat ERA atas sokongan mereka yang menjadikan radio ERA sebagai jenama radio No. 1 di Malaysia. Kami sentiasa berusaha menawarkan kandungan yang relevan serta menghiburkan buat demografik peminat-peminat ERA.

“Kami juga berharap peminat ERA dapat terus berhibur dan menikmati pembaharuan ini bermula 1 Mac,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca