Showcase Lejen Ria ajak penonton imbau nostalgia bersama penyanyi lagenda

Showcase Lejen Ria
Showcase Lejen Ria
A
A
A

SHOWCASE Lejen Ria yang berkonsepkan konsert mini eksklusif bakal menyaksikan barisan penyanyi legenda tanah air tampil menghiburkan penonton dengan rangkaian koleksi lagu popular masing-masing, sekaligus mengimbau nostalgia setiap lagu yang pernah menjadi siulan ramai.

Lima penghibur ikonik dengan latar belakang genre muzik berbeza iaitu Kumpulan Wings, Zamani & Ameng, Ella dan Anuar Zain bakal menggegarkan malam hujung minggu  menerusi empat buah konsert mini yang akan berlangsung selama 90 minit dari Studio 1, Astro Bukit Jalil.

Konsert mingguan eksklusif Showcase Lejen Ria akan dihoskan oleh Datuk AC Mizal yang akan turut perjalanan kembara seni serta pencapaian cemerlang barisan artis terlibat sepanjang pembabitan mereka dalam industri muzik.

Selain itu, pelbagai perkongsian pahit manis dan pengalaman berharga yang mungkin tidak pernah dikongsikan sebelum ini akan turut dicungkil menerusi program ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, selaku peneraju utama industri kandungan, pihaknya mengambil cabaran untuk terus bergerak secara agresif dalam menghasilkan karya-karya kreatif  bagi memastikan para pelanggan Astro kekal terhibur meskipun dalam kekangan pandemik Covid-19.

“Kami bawakan konsert mini eksklusif Showcase Lejen Ria yang menampilkan legenda tersohor tanah air untuk menggegarkan malam minggu anda.

“Semoga program ini mampu mengubat kerinduan para peminat kepada artis-artis legenda kesayangan mereka,” katanya.

Rakaman program Showcase Lejen Ria akan bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9 malam, bermula 21 Mac ini menerusi saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Kumpulan Wings akan membuka gelanggang episod pertama program Showcase Lejen Ria pada Ahad ini. Diikuti Zamani dan Ameng untuk episod kedua pada 28 Mac, Ella (4 April) dan Anuar Zain (11 April).

 

(FOTO: Astro)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca