Shuib, Watie bakal bersatu 23 Jun depan

A
A
A

PELAWAK dan usahawan, Shuib selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya, Watie Hanifah pada petang Sabtu.

Majlis pertunangan tersebut diadakan secara tertutup di kediaman Watie yang juga usahawan di Shah Alam.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhammad menerusi hantaran di Istagram Story.

"Hari ini 6 Mei 2023, Alhamdulillah, saya baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan Watie.

"Saya mohon doakanlah semoga perjalanan kami dipermudahkan. Doakan yang baik-baik untuk kami," ujar Shuib dalam sepotong video pendek dengan memakai baju Melayu berona hijau pucuk pisang.

Watie dan Shuib pada sambutan Aidilfitri 22 April lalu.

Pasangan itu dijangka melangsungkan pernikahan pada 23 Jun depan.

Terdahulu, Shuib yang juga penyampai radio Suria FM menamatkan teka-teki hubungannya bersama Watie dan mengakui bakal bernikah pada Jun depan.

Shuib sebelum ini berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, berusia setahun lima bulan.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca