Shuk, Sera sah bercerai

SHUK CERAI ROSSA SERA
SHUK CERAI ROSSA SERA
A
A
A

SELEPAS lebih setahun berdepan kemelut rumah tangga, pelawak Shuk akhirnya sah berderai dengan isteri, Rossa Sera.

Shuk atau nama lengkapnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, memaklumkan telah melafazkan cerai talak satu terhadap Sera di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.

Jelas pengacara program I Can See Your Voice Malaysia itu, keputusan untuk berpisah adalah hasil persetujuan bersama dan dibuat selepas mereka pulang daripada mengerjakan ibadah umrah Januari lalu.

"Kami sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu. Selepas pulang umrah bersama, kami duduk dan berbincang sebelum mengambil keputusan bercerai. Kami berpisah secara baik," tegasnya.

Demi membesarkan anak-anak juga, Shuk dan isteri akan terus berbaik dan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Fokusnya sekarang adalah kepada anak-anak.

Menyifatkan apa yang berlaku itu adalah satu pengajaran dan ujian buatnya, Shuk mahu memperbaiki diri, sekali gus menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang.

Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3.

Bagaimanapun pada November lalu, Sera memfailkan perceraian terhadap Shuk

selepas pelawak itu didakwa berlaku curang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca