MALAM ini, perhatian pastinya terarah kepada AJL35 yang akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Auditorum Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), bermula jam 9 malam.

Setelah sebulan tertangguh ekoran pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP), AJL35 akan diadakan dengan SOP ketat tanpa krompomi.

Selain Ernie yang akan menyampaikan lagu Gundah ciptaan Ernie bersama Sharon Paul, 11 lagu lain yang akan dipertandingkan adalah:

  • Hati – Hael Husaini (Hael Husaini & Ezra Kong)
  • 7 Nasihat – Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sickta –  (Kmy Kmo & Luca Sickta)
  • Belenggu Rindu – Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah (Hael Husaini & Ezra Kong)
  • Semalam – Aina Abdul (Aina Abdul)
  • Peluang Kedua – Nabila Razali (Hael Husaini & Mfmf)
  • Floor 88 (Zai Hamzah/Achoi Floor 88)
  • Kau Sakiti – Amir Masdi (Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage)
  • Aku Bidadari Syurgamu – Aishah (Ippo Hafiz/Siti Rosmizah)
  • Gila – Kaka Azraff, Noki & Tuju (Noki, Loca B & Ezra Kong)
  • Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter (Dark)
  • Eh – Zizi Kirana (Navigator & Zizi Kirana/Mambang & Zizi Kirana)

Seperti biasa, saban tahun perhatian tentunya akan terarah kepada lagu terbaik yang akan menjulang trofi AJL dan vokal terbaik.

Penilaian yang dibuat tentunya bukan bersandarkan kepada populariti lagu semata-mata, tetapi juga kekuatan dari segi lirik, melodi dan juga kekuatan lagu ciptaan komposer terlibat.

Tiga lagu yang dijangka bakal menjadi perhatian malam ini adalah 7 Nasihat, Gila dan Semalam. Ketiga-tiga lagu itu setakat ini mempunyai kekuatan tersendiri dan kelainan yang menarik perhatian ramai.

Iklan
Ramai menjangkakan Ernie dan Aina akan bersaing sengit untuk kategori vokal terbaik.

Sementara itu, ramai juga menjangkakan persaingan sengit untuk trofi vokal terbaik antara Ernie dan Aina Abdul. Kedua-duanya mempunyai kawalan vokal dan pitching yang cukup tinggi.

Namun kehadiran Azlan mampu untuk memberi saingan tidak terjangka pada malam itu nanti.

Iklan

AJL35 akan menampilkan Awal Ashaari, Sherry Alhadad, Haziq Hussni sebagai Hos Utama, manakala Sissy Imann dan Shuk Sahar pula sebagai hos Karpet Merah.

Nabila Razali akan membawakan sendiri lagu Peluang Kedua.

AJL35 boleh ditonton secara strim di tonton.com.my serta YouTube TV3 Malaysia. Maklumat lanjut mengenai AJL35 boleh didapati di laman web www.anugerahjuaralagu.com.