Siti Nordiana ‘belanja’ peminat, jayakan konsert solo virtual pertama 9 malam ini

Untitled design - 2020-12-25T152537.235
Untitled design - 2020-12-25T152537.235
A
A
A

KEJAYAAN demi kejayaan yang diperoleh penyanyi, pelakon Siti Nordiana bukannya datang sendiri, sebaliknya ia juga adalah hasil sokongan peminat.

Justeru sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang Siti Nordiana kepada peminat, penyanyi lagu Angkara itu bakal muncul dengan Konsert Virtual Siti Nordiana & Fans pada 25 Disember ini, jam 9 malam di Facebook Page Siti Nordiana.

Siti Nordiana, 36, atau lebih mesra disapa Nana berkata, konsert secara percuma itu diadakan bagi mengubat rindu peminat yang sudah lama tidak menyaksikan persembahannya secara langsung.

“Saya buat konsert ini untuk berterima kasih kepada peminat yang sudah mengundi saya selama ini. Dalam erti kata lain, ini lebih kepada konsert terima kasih dan tanda kasih sayang pada mereka. Ia percuma saja dan boleh klik di Facebook Page Siti Nordiana.

“Tambahan pula, sejak pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak ada persembahan dibenarkan dan membabitkan penonton, jadi mereka tidak lagi berpeluang datang menonton dan memberikan sokongan.

“Disebabkan itu, saya ambil keputusan untuk buat konsert ini. Walaupun ia diadakan secara normal baharu, sekurang-kurangnya saya dapat menghiburkan mereka secara langsung dalam tempoh yang agak panjang. Kiranya ini hadiah saya buat mereka dan dapat juga mengubat rindu,” katanya.

Berkongsi mengenai konsert itu, Nana berkata dia bakal menyanyikan 10 lagu dengan diiringi ‘live band’ dan turut menampilkan seorang penyanyi lelaki untuk berduet.

“Konsert ini dijalankan di sebuah studio dan diberikan sedikit sentuhan hiasan. Walaupun tanpa penonton dan secara dalam talian, tapi saya mahu konsert ini dibuat secara ‘proper’ sekali gus memberikan ‘feel’ sebenar menyaksikan konsert.

“Dalam masa sama, persembahan saya diiringi band. Insya Allah, saya akan menyanyikan 10 lagu yang kebanyakannya lagu lama saya. Saya mahu mengembalikan semula memori lama dari awal kemunculan sehingga sekarang.

“Tidak ketinggalan, saya akan berduet dengan penyanyi lelaki untuk menyanyi secara medley lagu-lagu duet saya bersama Allahyarham Achik. Siapa penyanyi berkenaan, kena tunggu dan saksikan konsert saya ini,” katanya.

Konsert itu turut ditayangkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music selepas sesi secara langsung itu berakhir.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca