Siti Nurhaliza berterima kasih kepada Aishah, Shiha Zikir
PENYANYI terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan ucapan terima kasih kepada Aishah dan Shiha Zikir yang sudi menggantikan tempatnya di pentas semi final Muzik Muzik 35 (SFMM35), semalam.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Siti, 41, menjelaskan tidak berniat untuk merahsiakan pemilihan Aishah bagi membawakan lagu Aku Bidadari Syurgamu.
“Tidak ada niat menyembunyikan atau berteka-teki tetapi semuanya sudah dipersetujui terutama ketika pihak label dan Ippo Hafiz belum lagi dapat menamakan atau mendapatkan penyanyi untuk lagu ini.
“Banyak proses dilalui dan alhamdulillah, dipermudahkan dan Kak Aishah tampil malam ini (semalam).
“Saya sebagai penyanyi menyokong anak-anak muda atau mana-mana komposer yang berkarya dan tentunya Anugerah Juara Lagu (AJL) adalah salah satu pentas buat mereka.
“Jika saya tidak menyanyikannya, karya mereka tetap dapat dipersembahkan, saya menghormati bakat sesiapa sahaja di dalam industri baik yang senior atau junior.
“Terima kasih Kak Aishah sebelum ini saya yang menyanyikan lagu beliau dalam persembahan masa saya belum menjadi artis, kemudian saya sampaikan lagu Camar Yang Pulang sewaktu bertanding Bintang HMI 1995.
“Hari ini, satu penghormatan buat saya apabila beliau menyanyikan lagu saya,” ujarnya.
View this post on Instagram
Turut sama bertanding semalam adalah lagu 7 Nasihat yang dinyanyikan bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta.
Bagaimanapun tempat Siti digantikan Shiha.
“Terima kasih Shiha sudi menyampaikan lagu 7 Nasihat untuk SFMM hari ini (semalam).
“Lagu 7 Nasihat ini, sewaktu saya mendapat demonya pada awal Januari tahun ini, saya terus suka dan bersetuju menyanyikannya, lalu dimuatkan dalam album #ManifestaSITI2020.
“Lagu ciptaan anak-anak muda ini, mempunyai nilai moral yang baik di dalam liriknya serta kombonasi moden dan tradisional ini akan memberikan nilai positif buat kita semua.
"Syabas! Kak Siti doakan kalian terus memberikan karya yang baik!” tulisnya dalam posting berbeza.
View this post on Instagram
Persembahan Shiha, Luca dan Kmy pada SFMM35 semalam.
[embed]https://youtu.be/MP8enC8G9Yc[/embed]
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang