TATKALA menikmati secawan kopi, sambil-sambil itu Bibir Merah pun scroll media sosial. Jari terhenti pada artikel bertajuk ‘Siti Nurhaliza, suami dikompaun RM10,000 setiap orang‘.

Nampaknya hampir sebulan menjalankan siasatan, tindakan sudah pun dikenakan terhadap individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti mana ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jika membaca butiran berita tersebut dimaklumkan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.

siti nurhaliza
TOK TI (kanan), Datuk K (dua dari kanan) masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM10,00 kerana tidak mematuhi SOP ketika majlis tahnik anak kedua mereka, Muhammad Afwa pada 26 April lalu.

Tindakan kompaun tersebut adalah kerana tidak mematuhi SOP ketika majlis tahnik anak kedua mereka, Muhammad Afwa pada 26 April lalu.

Selain Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tok Ti dan pasangan, turut dikenakan kompaun ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Ini termasuklah, penceramah, Azhar Idrus, Don Daniyal dan Iqbal yang mana masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 seorang.

Bahkan, tiga anak Datuk K turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

siti nurhalizaPerkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed pada sidang media Google Meet hari ini.

Kes disiasat mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021

Terdahulu, tindakan Tok Ti dan Datuk K menganjurkan majlis tahnik Muhammad Afwa pada bulan lalu telah mengundang amarah netizen.

siti nurhalizaMajoriti warga maya mempersoalkan kehadiran menteri dan penceramah yang dikatakan merentas negeri semata-mata menghadiri majlis tersebut di kediaman Tok Ti di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

Walhal, pada ketika ini pihak kerajaan berkali-kali menasihatkan masyarakat kekal berada di rumah dan tidak dibenarkan merentas negeri bagi mengekang penularan Covid-19.

Namun begitu, golongan selebriti dan VVIP yang digelarkan ‘kayangan’ dalam kalangan warga maya kelihatan bebas pula bergerak ke sana dan ke sini.

Abby, Norman dikompaun

Iklan
abby norman
POLIS sebelum ini merekod keterangan lima individu termasuk selebriti iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi susulan dakwaan melanggar SOP PKP kerana berziarah raya, baru-baru ini. Gambar kecil: Arjunaidi Mohamed.

Selain Tok Ti yang popular dengan lagu Purnama Merindu, selebriti Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza juga dikompaun sebanyak RM2,000 kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PK) dengan melakukan ziarah raya Syawal lalu.

Turut dikompaun selebriti Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria masing-masing juga sebanyak RM2,000 kerana berada dalam aktiviti berkenaan di sebuah rumah.

Kisah selebriti dikompaun kerana melanggar SOP PKP bukan isu baharu.

Sebelum ini, selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor (Neelofa) dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz), masing-masing juga dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar SOP PKPB.

Iklan

Neelofa gagal memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter pada majlis akad nikahnya.

Neelofa dan keluarga dikompaun RM60,000! Ini senarai kesalahanPada masa sama, pasangan suami isteri itu juga melanggar kebenaran merentas negeri yang diberikan pegawai diberi kuasa mengikut subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan sama.

Kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang kerana gagal memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter pada majlis akad nikah terbabit.

Justeru, situasi ini membuktikan bahawa pihak berkuasa tidak pernah memilih bulu atau double standard perihal kompaun baik kepada pak menteri, selebriti mahupun rakyat biasa.

Sesiapa sahaja yang didapati bersalah melanggar SOP dan peraturan ditetapkan MKN bakal berdepan denda sewajarnya.

Maka, nasihat Bibir Merah selepas ini masyarakat jangan hentam semberono kepada pihak berkuasa. Biarkan mereka menjalankan tugas dan siasatan.

Ingat tau terus kekal berada di rumah dan patuhi SOP. #kitajagakita