Siti Nurhaliza raih Anugerah Emas untuk album fizikal Manifestasiti2020

A
A
A

PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya membuktikan bahawa album fizikal (CD) masih ada permintaan dalam pasaran apabila CD ManifestaSITI2020 telah mencapai jualan lebih 5,000 unit.

Pencapaian tersebut melayakkan Siti menerima Anugerah Emas daripada syarikat Universal Music.

Album ManifestaSITI2020 dijual menerusi SNP On Pay iaitu sistem pemasaran oleh  Affiliate yang diwujudkan oleh Siti Nurhaliza Productions. Ia masih boleh dilanggani di SNP On Pay termasuk Boxset ManifestaSITI2020 yang mengandungi CD ManifestaSITI2020, buku nota, buku jurnal, pelitup muka dan juga pensanitasi tangan.

Walaupun ketika ia dilancarkan industri muzik berdepan situasi ketidaktentuan akibat pandemik Covid-19 termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ManifestaSITI2020 tetap mendapat perhatian penggemar muzik tanah air, terutamanya peminat setia Siti Nurhaliza.

Mengulas tentang kejayaan album tersebut yang meraih Anugerah Emas, Siti meluahkan rasa syukur dan berharap agar jualannya terus meningkat.

“Saya bersyukur kerana dalam era digital ini, album fizikal saya masih mendapat sambutan baik setelah empat bulan berada di pasaran.

“Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan saya berharap agar jualan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa,” katanya.

Album tersebut mengandungi 11 buat lagu yang terdiri daripada Siapa Tak Mahu, Aku Bidadari Syurgamu, Kasihku Selamanya, Tertulis Nama Kita, 7 Nasihat, Kuasa Cintamu, Takhta Dunia, Teratai Menjelma, Basyirah, Terang dan Anta Permana.

Selain mendapatkan album ManifestaSITI2020 secara fizikal menerusi CD, penggemar muzik juga  boleh menikmati album digital di platform penstriman seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer.

ManifestaSITI2020 yang juga merupakan album ke-18 daripada Siti Nurhaliza itu dilancarkan pada 3 Julai lalu dan diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions dengan kerjasama Universal Music Malaysia.

 

(FOTO: Universal Music Malaysia)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca