PLATFORM penstriman paling digemari di Asia, JOOX, hari ini mengumumkan pemenang anugerah JOOX Malaysia Top Music Awards 2020, yang memberi pengiktirafan kepada usaha dan pencapaian para penggiat muzik tempatan sepanjang tahun lalu.

Anugerah yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Year End 2020, Full Year 2020 dan Most Popular Awards itu menyaksikan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai pemenang utama apabila berjaya membawa pulang enam anugerah.

Anugerah yang dimenangi Siti terdiri daripada Artis Lokal Paling Popular, Top 5 Artis Lokal Hujung Tahun 2020 dan Top 5 Artis Lokal Tahun 2020. Manakala lagu nyanyian Siti, Aku Bidadari Syurgamu pula berjaya merangkul anugerah Lagu Lokal Paling Popular, Top 5 Hit Lokal Hujung Tahun 2020 dan Top 5 Hit Lokal Tahun 2020.

Sementara itu, bintang pop antarabangsa, Justin Bieber pula menjadi Artis Antarabangsa Paling Digemari.

Bieber merangkul lima anugerah utama iaitu menerusi Top 5 Artist Antarabangsa Hujung Tahun 2020, Top 5 Artist Antarabangsa Tahun 2020, Top 5 Hit Antarabangsa Tahun 2020 menerusi lagu Lonely  dan Top 5 Hit Antarabangsa Tahun 2020 (Stuck with U – Ariana Grande & Yummy).

 

Tidak ketinggalan, kumpulan K-Pop popular, BTS juga membawa pulang lima anugerah. Lagu mereka Life Goes On menang anugerah Lagu K-Pop Paling Popular hasil undian pengguna di Malaysia.

Iklan

Manakala lagu hit mereka, Dynamite pula dinobatkan sebagai Top 5 Hit K-Pop Hujung Tahun 2020 dan Top 5 Hit K-Pop Tahun 2020. Sementara lagu ON pula dinobatkan sebagai Top 5 Hits K-Pop Tahun 2020, selain lagu Who bersama Lauv memenangi Top 5 Hit Antarabangsa Tahun 2020.

Dalam pada itu, lagu Durja nyanyian Khai Bahar yang dimuatkan dalam projek bersiri JOOX Originals turut memenangi anugerah Top 5 Hit Lokal (Hujung Tahun 2020).

Iklan

JOOX Malaysia Top Music Awards (Mid-Year 2020) menyaksikan jumlah undian untuk lagu dan artis tempatan memecah rekod dengan jumlah sekitar enam juta undian, sekali gus membuktikan sokongan padu terhadap artis dan muzik tempatan.

Selain itu, penyanyi MandoPop, Ren Ran membuat kejutan apabila menjadi penyanyi berbangsa cina pertama yang mendapat tempat dalam anugerah Paling Popular menerusi lagu nyanyiannya, Fei Niao He Chan, hasil undian para peminat.