Siti Rosmizah kritikal akibat Covid-19

SITI ROSMIZAH SEMAIL
SITI ROSMIZAH SEMAIL
A
A
A

PENERBIT dan penulis novel terkenal, Siti Rosmizah Semail dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan Covid-19.

Berita duka itu dikongsikan oleh pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin di laman Instagram, pada Ahad.

“Allahuakbar. Sama-samalah kita mendoakan kesembuhan buat Siti Rosmizah. Covid is no joke (Covid bukan main-main). Jadi tolong jaga diri semua. Kita belum masuk ke fasa endemik lagi,” katanya.

Perkara sama turut dikongsikan wakil Siti Rosmizah menerusi Instagram miliknya.

Rosmizah yang juga penulis lirik, terkenal dengan karya daripada adaptasi novelnya seperti Andai Itu Takdirnya, Lafazkan Kalimah Cintamu dan Rindu Awak Separuh Nyawa yang bersiaran di Astro Ria.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca