Sorry buat semua panik, doakan baby bersabar dan tunggu duedate – Nad Zainal

Nad Zainal
Nad Zainal
A
A
A

PELAKON Nad Zainal berdepan detik cemas apabila terpaksa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan segera selepas selesai majlis pelancaran produk yang menampilkan dirinya sebagai duta pada Sabtu.

Menurut Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin, 31, insiden tersebut berlaku disebabkan dia mengalami kekejangan pada kaki.

“OKlah, kaki Nanad saja cramp. Jangan risau semua yang di event tadi (semalam). Dah rendam kaki. Terima kasih kakak medic yang urut kaki tadi.

“Sorry buat semua panik. Doakan baby bersabar dah tunggu due datenya,” ujarnya menerusi laman Instagramnya.

Tambah pelakon Takdir Yang Tertulis itu lagi, kakinya mudah mengalami kekejangan pada sebelah malam sejak hamil.

“Sebelum insiden naik ambulans, sebenarnya Nanad kalau malam, kaki mudah kena ‘simpul biawak’.

“Buat yang whatsapp tanya dah bersalin tu, belum. Baby OK!

“Kaki saya semalam masa sidang media dah mula kejung, itu yang duduk saja. Nasib baik ada pasukan perubatan.

“Tak sangka penutup majlis event MommyHana, kita naik ambulans,” katanya.

Dalam pada itu, kata Nad, Ketika berada dalam ambulans, dia sempat berbual dan bertanyakan fungsi siren kenderaan perubatan itu.

“Pertama kali naik ambulans, sempat borak apa fungsi single siren dengan double siren tau. Sempat ambil ilmu ambulans,” ujar Nad.

Terdahulu Nad yang sedang hamil lapan bulan itu dilantik sebagai duta produk pembelajaran untuk kanak-kanak, MommyHana bersama pelakon Amyra Rosli.

Bagaimanapun selepas selesai majlis tersebut, orang ramai dikejutkan dengan rakaman video di media sosial yang menyaksikan Nad ditolak menaiki ambulans dan menyangkakan pelakon itu bakal bersalin.

“Doakan agar semua dipermudahkan. Terima kasih.

“Nasib tak bersalin. Kalau tak, kena letak nama Hana atau Hanafi la semalam,” seloroh Nad yang dijangka bersalin penghujung Mac ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca