Spekulasi kehamilan kedua Siti Nurhaliza kembali diperkatakan

A
A
A

SPEKULASI berkenaan kehamilan kedua, Datuk Seri Siti Nurhaliza bukanlah perkara baharu, malah sentiasa menjadi bualan peminat semenjak penyanyi terkenal itu mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada aktiviti seni.

Terbaru, ia kembali diperkatakan apabila penampilan Siti, 41, dalam sebuah majlis keluarga ketika meraikan hari jadi salah seorang menantunya, Alyssa Hisham yang dikongsi bekas isteri Datuk Seri Khalid, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham sekali lagi menampakkan perubahan bentuk badannya.

Menerusi foto terbaharu itu, ramai mendakwa badan Siti semakin berisi dan bentuk 'baby bump' sudah kelihatan.

Masing-masing kembali membuat spekulasi kononnya penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu kini sedang hamil cahaya mata keduanya menerusi ruangan komen pada hantaran foto tersebut.

Sebelum ini, spekulasi sama pernah diperkatakan ramai apabila sekeping foto Siti bersama seorang doktor selebriti yang dimuat naik di laman sosial didakwa menampakkan 'baby bump'.

Bagaimanapun, Siti sehingga kini tidak pernah memberikan reaksi atau pengesahan berkenaan perkara tersebut.

Terdahulu sebelum itu, Siti meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata kedua dan merancang untuk melakukan proses rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF) seperti yang pernah dilakukan sebelum ini .

Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah, yang kini berusia dua tahun.

 

(FOTO: Instagram DS Siti Nurhaliza & Teezac)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca