Status hamil terjawab, Neelofa dilepas tanpa bebas tuduhan langgar SOP

05
05
A
A
A

JIKA sebelum ini ramai yang masih berteka-teki status kehamilan pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa kini ia telah terjawab.

Itu berikutan kenyataan peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang tidak mahu kes mahkamah ke atas pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor itu berlarutan disebabkan keadaan anak guamnya itu yang sedang hamil.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurutnya, jika kes tersebut diteruskan, ia akan berlarutan jadi panjang, dengan keadaan Noor Neelofa yang hamil tidak sesuai dijalankan kes terbabit.

Sebelum ini, Neelofa, 32, memilih untuk tidak menafikan mahupun mengesahkan spekulasi sedang berbadan dua.

Beliau malah berkata berita gembira yang dinantikan ramai itu pasti dikongsi pada masa yang sesuai.

Dewi Remaja 2009/10 itu hadir bagi prosiding sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kompleks Mahkamah Seremban pagi tadi.

neelofa

Neelofa mengenakan jubah berwarna biru dilihat begitu berhati-hati ketika berjalan bersama 'baby bump' yang jelas kelihatan.

Selebriti cantik itu jelas kelihatan sedang sarat mengandung dan dipimpin tangan oleh suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail ketika berjalan.

Dalam prosiding tersebut, Mahkamah Majistret Seremban melepas tanpa membebaskan Noor Neelofa dan suaminya daripada tuduhan melanggar SOP Perintah PKBB pada 2 Mei lalu.

Neelofa, Haris bergelar suami isteri

Bagaimanapun mahkamah menetapkan 21 Disember ini bagi membuat keputusan membebaskan kedua-dua tertuduh berkenaan.

Baca juga Nynaa dan suami berbaik semula

Sejak Julai lalu, khabar angin mengenai kehamilan Neelofahangat diperkatakan selepas dia dilihat menunjukkan tanda-tanda ibu mengandung apabila asyik mengusap bahagian perutnya.

Neelofa dan PU Riz atau Ustaz Muhammad Haris disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis perkahwinan dan resepsi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 Mac lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca