Status Konsert 4G's: Tomok, Akim, Hazama, Black buat laporan polis

TOMOK - LAPORAN POLIS KONSERT 4G
TOMOK - LAPORAN POLIS KONSERT 4G
A
A
A

PENYANYI Tomok, Akim, Hazama dan Black tampil membuat laporan polis berhubung status penangguhan Konsert 4G's yang masih berterusan sehingga ke hari ini.

Perkembangan tersebut dikongsi Tomok, 39, menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya hari ini.

Mewakili rakan-rakannya, Tomok menggesa pihak penganjur agar menyelesaikan isu berkaitan konsert tersebut dengan segera.

“Ramai yang bertanya tentang status Konsert 4G's, sama ada jadi atau tak jadi. Kami pun tak ada jawapan sebenarnya.

“Kami ambil keputusan untuk buat laporan polis berkenaan hal ini sebab ramai yang dah dapatkan tiket.

“Jika konsert ini tak dijalankan, pihak penganjur harus pulangkan kembali duit kepada pembeli. Kami harap pihak penganjur dapat selesaikan hal ini secepat mungkin,” katanya.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Rempuh itu juga menyeru agar pembeli tiket konsert berkenaan juga tampil membuat laporan polis.

“Kita baru sahaja buat report di Balai Polis Damansara tentang Konsert 4G yang telah sekian lama tertangguh. Kami ingin memohon maaf kepada semua peminat dan pembeli.

”Kepada pembeli, anda juga boleh membuat laporan polis di mana-mana sahaja balai yang berdekatan dan kita harap perkara ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

”Kami dah jalankan tanggungjawab kami, jadi harap anda juga dapat menjalankan tanggungjawab anda,” katanya yang tidak berputus asa untuk terus mengadakan konsert selepas ini.

Konsert 4G's sepatutnya berlangsung pada 17 dan 18 April 2020 di Istana Budaya, bagaimanapun ditangguh ke tarikh 11 dan 12 Disember tahun sama. Namun sehingga kini konsert tersebut masih tidak berlangsung dan tiada perkembangan terbaru mengenainya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca