Suami Salamiah Hassan meninggal dunia

SALAMIAH HASSAN
SALAMIAH HASSAN
A
A
A

SUAMI kepada penyanyi veteran Salamiah Hassan iaitu Gerry Hughes meninggal dunia pagi Jumaat.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri anak Salamiah iaitu penyanyi dan pelakon, Atilia Haron menerusi Instagram miliknya.

“Kami sekeluarga menerima berita pemergian bapa tiri, Gerry Hughes pada pagi Jumaat semalam dan mama sedang dalam perjalanan ke Tasmania, Australia.

“Kami harap semua dapat memberikan masa untuk kami meratapi pemergian yang mengejutkan ini. Al-fatihah,” tulisnya menerusi Insta Story miliknya.

Bagaimanapun Atilia masih belum dapat berkongsi maklumat lanjut mengenai punca kematian bapa tirinya dan Salamiah sendiri baru sahaja pulang ke Tasmania pada Sabtu dan berada di Malaysia kerana jemputan persembahan.

Salamiah yang bergelar ibu tunggal selama 35 tahun itu melangsungkan pernikahan dengan Hughes yang berasal dari Liverpool, England dan menetap di Australia pada 1 September lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Salamiah dan juga Gerry yang merupakan duda kepada tiga orang anak.

Terdahulu, Salamiah pernah berkahwin dengan Allahyarham Raja Haron Raja Aziz sebelum berpisah pada 1986.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak, Raja Putri Atilia, 48, dan Raja Ahmad Shah, 43.

Bekas suaminya bagaimanapun meninggal dunia pada 28 Julai lalu akibat sakit jantung dan parkinson.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca