PENYANYI Salamiah Hassan kembali bergelar isteri selepas 36 tahun bergelar ibu tunggal.

Penyanyi berusia 71 tahun itu kini menjadi suri hati Gerald Hughes atau Gerry, 68, dalam satu majlis ringkas di Australia pada Khamis.

Berita gembira itu dimaklumkan anaknya yang juga penyayi popular, Atilia Haron menerusi Instagram, hari ini.

Baca juga: Ikan laga jadi inspirasi Atilia Haron lahirkan koleksi batik buat individu aktif

“Kita menerima saudara baru pagi ini, Gerald Hughes. Alhamdulilah! Dan ibu saya, cinta hati kami sudah menemui kebahagiannya juga.

“Tidak dapat bersama dengan mama hari ini tetapi kami sangat gembira kerana dapat menyaksikan menerusi atas talian. Tidak sabar untuk memeluk kalian. Yay kita satu keluarga sekarang.

“Alhamdulillah saya sangat gembira,” tulisnya.

Terdahulu, Salamiah pernah berkahwin dengan Allahyarham Raja Haron Raja Aziz sebelum berpisah pada 1986.

Iklan

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak, Raja Putri Atilia, 48, dan Raja Ahmad Shah, 43.

Bekas suaminya bagaimanapun meninggal dunia pada 28 Julai lalu akibat sakit jantung dan parkinson.

Iklan

Baca juga: 11 artis bersatu dalam muzik sempena Konsert Amal Maya Voices Of Hope 2021

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan