DRAMA terbitan Global Station Sdn Bhd, Suamiku Lelaki Pendosa dinobatkan sebagai Drama Terbaik pada Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS 2023) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.

Naskhah tersebut turut mengungguli kategori tiga lagi kategori termasuk Pengarah Terbaik yang dimenangi Eyra Rahman, Pelakon Lelaki Terbaik (Datuk Aaron Aziz) dan Pelakon Antagonis Terbaik (Gambit Saifullah).

Kemenangan drama 28 episod yang diadaptasi daripada novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah dan skrip oleh Eenaz Mokhtar, Siti Jasmina serta Ctna Marzuki itu mengetepikan saingan daripada drama Budak Tebing 2, 7 Hari Mencintaiku 3, Suamiku Lelaki Pendosa, Risik Pada Hati dan Ayahanda.

Aaron Aziz, Ummi Nazeera, Redza Rosli dan Anna Jobling bersama trofi kemenangan TADS 2023.

Sementara itu, drama Bisik-Bisik Gelora yang juga merupakan karya terbitan Global Station Sdn Bhd pula diumumkan sebagai pemenang kategori Drama popular.

Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Ummi Nazeera mencipta sejarah manis apabila dinobatkan sebagai pemenang menerusi drama Risik Pada Hati, sekali gus menjadi trofi pertama yang dimenanginya sepanjang 16 tahun bergelar pelakon.

Trofi Pelakon Lelaki Popular dan Pelakon Wanita popular pula masing-masing dimenangi Redza Rosli (Kekasih Hati Mr Bodyguard) dan Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus). Anna turut memenangi kategori Pasangan Drama Terbaik bersama Meerqeen menerusi drama sama.

Dalam pada itu, Melur Untuk Firdaus juga diangkat sebagai drama adaptasi Novel Terbaik, manakala kategori Penulis Skrip Terbaik pula dimenangi oleh Wan Mahani Wan Hassan dan Maizura Mohd Ederis menerusi drama Ayahanda.

Meerqeen dan Anna Jobling mengungguli kategori Pasangan Drama Terbaik menerusi drama Melur Untuk Firdaus.

Bagi kategori Oppa Pilihan Penonton pula dimenangi pelakon Cha Eun-Woo, manakala Anugerah BBNU Tonton pula menjadi milik Aniq Suhair (Tahyul). Sementara OST Terbaik menyaksikan kemenangan lagu Nafas Cinta nyanyian Khai Bahar dan Aina Abdul (Kekasih Hati Mr Bodyguard).

Para pemenang membawa pulang hadiah berupa trofi Tonton Anugerah Drama Sangat.

TADS 2023 dihoskan oleh Sherry AlHadad dan Shahrifah Shahirah mempertaruhkan 15 kategori termasuk lapan kategori yang dibuka untuk undian di laman web www.xtra.com.my/tontonanugerahdramasangat.

Acara yang disiarkan secara langsung di TV3 itu menampilkan barisan penyampai trofi yang terdiri daripada Fauziah Ahmad Daud, Datuk Rosyam Nor, Sabri Yunus, Faizal Hussein, Janna Nick; Zahirah MacWilson, Siti Khadijah Halim, Zara Zya dan Fasha Sandha.

Iklan

Malam kemuncak TADS 2023 turut dimeriahkan dengan persembahan Liza Hanim, Misha Omar, Ernie Zakri, Hael Husaini, Rahmad Mega, Amir Masdi, Haqiem Rusli; Stacy, Mimi Fly, Zaki Yamani, Yamani Abdillah dan lain-lain.

Pemenang Drama Terbaik, Penulis Skrip Terbaik dan Drama Adaptasi Novel Terbaik bersama trofi TADS 2023.

SENARAI PENUH PEMENANG TADS 2023

Drama Terbaik: Suamiku Lelaki Pendosa
Drama Popular: Bisik Bisik Gelora
Pengarah Terbaik: Eyra Rahman (Suamiku Lelaki Pendosa)
Penulis Skrip Terbaik: Wan Mahani Wan Hassan & Maizura Mohd Ederis (Ayahanda)
Pelakon Lelaki Terbaik: Datuk Aaron Aziz (Suamiku Lelaki Pendosa)
Pelakon Wanita Terbaik: Ummi Nazeera (Risik Pada Hati)
Pelakon Lelaki Popular: Redza Rosli (Kekasih Hati Mr Bodyguard)
Pelakon Wanita Popular: Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
Pelakon Antagonis Terbaik: Gambit Saifullah (Suamiku Lelaki Pendosa)
Pasangan Drama Terbaik: Anna Jobling & Meerqeen (Melur Untuk Firdaus)
OST Drama Terbaik: Nafas Cinta – Khai Bahar & Aina Abdul (Kekasih Hati Mr Bodyguard)
Drama Adaptasi Novel Terbaik: Melur Untuk Firdaus
Anugerah BBNU Tonton: Aniq Suhail (Tahyul)
Oppa Pilihan Tonton: Cha Eun-Woo (True Beauty)
Anugerah Khas Drama Terbaik 8TV: My Dream My Wish

Iklan

(FOTO: TV3)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.