PELAWAK dan penyampai radio, Shuk Sahar mengakui tidak menyangka ada suara misteri yang ‘hadir’ ketika dia bersiaran langsung bersama peminat dan pengikut di laman Instagram miliknya.

Menurut Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohames Sahar, 33, dia langsung tidak menyedari kewujudan suara seakan wanita sedang menangis itu sehinggalah ditegur peminat.

“Saya betul-betul tak perasan dengan suara yang masuk dalam live saya. Saya memang tak dengar apa pun waktu live tu.

“Mula-mula saya live biasa saja, selepas itu kami main teka-teka umur dan nama. Siapa menang, dia dapat duit RM150.

“Kemudian saya tengok kat ruang komen semua kata ada suara orang menangis. Padahal saya tak dengar apa pun.

“Kemudian bila orang hantar screen recorder kat saya, baru saya perasan memang ada bunyi orang menangis,” jelas Shuk.

Dalam pada itu, penyampai  radio Hot FM itu berkata, dia dan isteri, Rossalennah Natassyiah baru sahaja mendiami rumah tersebut dan belum sempat mengadakan doa selamat.

“Jujur saya cakap, rumah saya ini baru duduk @rossa.sera. Belum sempat buat doa selamat lagi.

Iklan

“Tak apa esok saya cuba panggil ustaz untuk check benda apa sebenarnya,” kata Shuk.

Pada hantaran sama, Shuk turut berkongsi rakaman berdurasi 12 saat yang menunjukkan bunyi dimaksudkan.

Perkongsian tersebut mengudang freaksi yang pelbagai daripada peminat dan pengikutnya Shuk yang mengakui seram dengan kejadian yang berlaku itu.

Iklan

 

(SUMBER & FOTO: Instagram Shuk Sahar)