SELEPAS tiga tahun mahligai perkahwinan, pelakon, Ainul Aishah berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata sulung.

Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun, 38, berkata, kesihatan dirinya ketika trimester pertama agak mencabar kerana kerap tidak sihat.

Baca juga:‘Morning sickness, selera makan semua out.’ Irene Nadia kini hamil trimester kedua, number 5 is coming

“Disebabkan itu, kami jarang keluar dan banyak foto saya tidak bermaya dalam album handphone suami saya.

“Tetapi inilah salah satu foto dan mungkin antara kegemaran saya yang kini dalam trimester kedua dengan senyuman dan kandungan yang makin kelihatan,” katanya menerusi Instagram.

Baca juga:Dah ada anak pun boleh jadi tak subur? Dr Say kongsi punca sukar hamil lagi yang ramai tak tahu

Ainul berkata, dalam trimester kedua, kesihatannya semakin baik.

Justeru, pelakon drama Seribu Rindu itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Iklan

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Sudah lama ingin menjadi seorang ibu tetapi saya tidak tahu sama ada mempunyai rezeki untuk memilikinya.

“Saya sangat gembira apabila mendapati bahawa diri kini hamil. Saya percaya perancangan Allah untuk saya dan suami,” ujarnya.

Ainul mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Khalid Redzuan pada 18 November 2022.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang