SELEBRITI media sosial, Irene Nadia sering muncul dengan content keibubapaan. Cantik dan berjaya, ibu muda kepada empat cahaya mata itu sering menjadi rujukan warga maya.

Baru-baru ini , Irene mengumumkan sedang hamil anak kelima dan berkongsi cabaran berbadan dua.

“Enter my second trimester, syukur Alhamdulillah.

“Apabila sudah masuk trimester kedua baru Irene dan suami maklumkan kepada anak-anak. Sebelum-sebelum itu, anak-anak cuba untuk berteka-teki tetapi still ibu dan ayah sorok sehingga keadaan morning sickness ibu stabil dulu.

“Life ibu bertukar roller coaster beberapa bulan ni dengan selera makan semua out, kepala semua sakit,” titipnya.

Baca juga: 10 tanda awal kehamilan yang biasa dan jarang berlaku, ibu muda wajib ambil tahu

Baca juga: ‘Gemuk bersama’. Dr Sheikh Muszaphar rasa tembam tiap kali Dr Halina mengandung, ini puncanya

Baca juga: ‘Menu simple, nasi tetap makan.’ Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

Ahli perniagaan dan instafamous berusia 31 tahun itu menyifatkan kehamilan kelima sangat berbeza terutama layanan yang diterima daripada anak-anak yang semakin membesar.

Biarpun menyembunyikan kehamilan daripada empat permata hatinya, Irene mengakui tersentuh dengan layanan yang diberikan.

Baca juga: ‘Anak bukan beban, punca kita tak terurus.” Ibu ini dedah rahsia tetap tampil bergaya walau punya anak ramai!

Baca juga: Dah ada anak pun boleh jadi tak subur? Dr Say kongsi punca sukar hamil lagi yang ramai tak tahu

baca juga: Dah ada anak pun boleh jadi tak subur? Dr Say kongsi punca sukar hamil lagi yang ramai tak tahu

Iklan

“Doa anak-anak tu memang betul-betul ALLAH makbulkan untuk dapat adik baru. Kak Nina paling kerap tanya : “Ibu pregnant kan? Macamlah Nina tak tau. Nina kenal ibu, instinct Nina kuat”

“Ibu: Mana ada, kalau ada insya-ALLAH. Kak Nina : Eleh, Nina tak percaya. Kenapa perut ibu makin besar? Ibu kata ibu diet, tapi kenapa besar. Doakan yang baik-baik untuk ibu dan baby.

“Perbezaan ketara kali ni ibu dijaga, dimanjakan dan disayangi anak-anak. Mereka extra care untuk ibu. Kerja-kerja harian di rumah, anak ibu yang bantu. “Ibu sedih tetapi terharu tengok sikap masing-masing. Number five is coming soon. Alhamdulillah” luahnya.

Berkahwin pada usia muda, Irene diijab kabul dengan suaminya, Mohd Amirul pada usia 20 tahun.

Iklan

11 tahun melayari bahtera rumah tangga, mereka dikurniakan empat cahaya mata yang terdiri daripada dua putera dan dua puteri.

Warga maya yang teruja dengan pengumuman berita gembira itu mengucapkan tahniah  dan mendoakan agar proses kehamilan dan kelahiran berjalan lancar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!