ISU hangat mengenai bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander selepas pemberhentian kontrak secara mengejut baru-baru ini masih berterusan sehingga kini.

Terbaharu, timbul isu gaji yang diperoleh segelintir deejay swasta ini kononnya sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Ini rentetan daripada perkongsian seorang pelakon veteran menerusi media sosial baru-baru ini.

Berikutan nama bekas penyampai radio, Linda Onn turut terpalit apabila namanya dipetik oleh warganet.

Linda onn

Baca ni Kontrak bersama Suria FM tamat, Hot FM minta pandangan ramai ingin ‘sunting’ Tyzo Xander

Lantas, empunya diri menerusi laman Facebook mengulas mengenai isu tersebut.

“Hangat kat socmed cerita pasal gaji penyampai radio pulak ke? Discuss secara terbuka tu! Ingat malas nak campur..tapi bila ada orang sebut nama kita, kita reply lah.

“Pandai- pandai je awak cakap gitu. Bestnya lah hai kalau betul dapat gaji gitu. Mana Linda pernah dapat gitu. Sampai ke sudah pun tak pernah dapat tinggi gitu.”

Malah katanya, kalau menang anugerah dan nama tengah gah sekali pun, gaji yang diperoleh tidak sampai RM10,000.

“Bertuah penyampai radio zaman sekarang, gaji sampai jejak RM50,000 hingga RM100,000 sebulan.

“Kalaulah bakatku dihargai dulu sampai dapat sebegitu… Best nya… Yelah kita faham juga. Mungkin penyampai zaman sekarang kualiti berbeza, pendekatannya berbeza,” jelas pemilik nama sebenar, Rozlindah Onn itu.

linda onn 1

Baca juga ‘Saya bukan jenis try hard’. Penat dicop muka RTM, Muaz luah rasa terkilan…

Tak sampai standard

Beliau yang juga aktif sebagai pengacara, pelakon, usahawan dan penyanyi berkata, kehendak pendengar dan stesen berbeza berbanding dengan zamannya dahulu.

“Tambahan pula orang yang dah ada nama dipanggil jadi penyampai radio. Lagilah berharga.

“Dulu nak dapat naik gaji pun kena lalui penilaian, KPI. Tengok prestasi sebagai penyampai dan komitmen yang kita berikan kepada stesen seperti turun event. Bukan senang ye,” ulas pemilik restoran My Mom Chicken Rice.

Iklan

Sekadar makluman, Linda memulakan kerjaya sebagai penyampai radio Era yang ketika itu memulakan siarannya pada 1 Ogos 1998.

Baca juga Bertugas di stesen radio popular HotFM, ‘jodoh’ Fizi Ali, Aisha Mazlin akui dirinya tetap sama, tiada yang berubah

Linda onn 2

Akuinya, pada waktu tersebut, pendapatan yang diperoleh tidak segah seperti yang diperkatakan.

“Mungkin zaman dulu ada yang dapat RM40,000 hingga RM100,00, namun bukan saya. Kita terima sajalah, mungkin standard saya tidak sampai tahap itu.

Iklan

“Saya gembira dengar gaji penyampai dah ratus ribu sekarang…wow..Masya-ALLAH banyaknya! Kadang terfikir, kenapa dulu saya tak dapat gitu eh?

“Mungkin sudah tertulis rezeki saya sebegitu saja. Kepada penyampai sekarang yang dapat gaji sebulan RM50,000 hingga RM150,000, tahniah!,” ungkap beliau lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang