Suria FM tawarkan wang tunai RM40,000 untuk dimenangi mulai Isnin ini

Suria FM Contest
Suria FM Contest
A
A
A

PENDENGAR Suria FM berpeluang memenangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM40,000 menerusi peraduan Issey Fizi Ajak Selebriti Nyanyi dan kempen Bantuan Tunai Suria.

Peraduan itu akan diadakan dalam lima segmen utama Suria iaitu Team Pagi Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria Suria Petang dan Suria Cinta bermula 22 Februari hingga 10 April ini.

Melalui peraduan Issey Fizi Ajak Selebriti Nyanyi, penyampai Team Pagi Suria itu bersama selebriti jemputan akan menyanyikan dua lagu berbeza pada masa yang sama.

Pendengar perlu meneka kedua-dua judul lagu dan nama penyanyi serta nama selebriti jemputan dalam klip audio yang diberikan dengan betul dalam masa 10 saat untuk memenangi wang tunai RM200.

Sekiranya pendengar gagal menjawab dengan betul, wang tunai akan digandakan pada segmen berikutnya sehingga tarikh peraduan berakhir pada 19 Mac.

Kempen Bantuan Tunai Suria pula akan memberi peluang pendengar bertuah memenangi wang tunai RM300 dengan hanya memberikan kata laluan apabila dihubungi oleh penyampai Suria.

Terlebih dahulu pendengar yang ingin memasuki peraduan ini perlu mendaftarkan maklumat peribadi mereka dan melengkapkan ayat, “Saya Mahu Bantuan Tunai Suria ……”, di laman web suria.my.

Kempen Bantuan Tunai Suria itu akan bermula pada Isnin ini sehingga 9 April depan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria www.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca