PENYANYI dan pelakon Nabila Razali merungkai teka-teki peminat tentang statusnya yang bakal mengakhiri zaman bujang apabila menerima lamaran teman lelakinya iaitu Nik Iruwan Nik Izani.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik gambarnya ketika dilamar Iruwan.

“I said yes,” titipnya ringkas pada bahagian kapsyen foto berkenaan.

Baca juga: ‘Walaupun peminat saya hanya tinggal dua orang sahaja..’ – Nabila Razali enggan mengalah

Terdahulu, timbul dakwaan penyanyi lagu Peluang Kedua itu telah mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu namun Nabila itu enggan mengesahkan perkara tersebut.

Menerusi temu bual bersama media, Nabila memaklumkan cincin yang disarung pada jari manis yang dikatakan sebagai bertunang adalah sekadar aksesori biasa.

Tambah Nabila, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi kisah peribadi demi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak dan akan berkongsi perkara itu apabila sudah bersedia.

Pada 25 Oktober lalu, Nabila teruja memberitahu sedang membilang hari seolah-olah memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Manakala Kosmo pula melaporkan pasangan itu bakal disatukan pada pagi 18 November, manakala resepsi diadakan petang hari yang sama.

Baca juga: Jalin kerjasama, Keisya Levronka pilih Nabila Razali

Malah sumbernya memaklumkan pasangan itu memilih sebuah resort mewah di pusat peranginan mewah di pusat peranginan tanah tinggi di Pahang sebagai lokasi bersejarah penyatuan cinta mereka.

Berikut lima info menarik Nik Iruwan:

1-Nik Iruwan lulusan dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom dalam bidang pemasaran.

2-Dilahirkan pada 29 Mei 1985.

Iklan

3-Nik beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

4-Pemuda berusia 38 tahun ini adalah bekas pelumba kereta litar Formula dan terbabit dalam pembangunan pelumba negara melalui sukan go-kart sejak tahun 2008.

5-Beliau adalah ahli perniagaan dan kini bertugas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Nizra Group Berhad.

Baca juga: Nabila Razali dikecam hebat, Tokti dan Imam Muda Asyraf beri kata semangat

Iklan

Sumber: Kosmo, Instagram Nabila Razali

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!