Syafiq Farhain sukar untuk makan, bercakap, menyanyi diserang kudis herpes

A
A
A

BARU-BARU ini, penyanyi, Syafiq Farhain berkongsi masalah kesakitan yang sedang dialami di Instagram Story dengan memuat naik gambar serta rentetan keadaan kesihatannya.

Syafiq atau nama penuhnya Nursyafiq Farhain AM Salim kini sedang diserang kudis herpes atau jangkitan oral Herpes Simplex jenis 1 (HSV-1) yang dihidapinya sejak kanak-kanak lagi.

Menurut bintang Big Stage musim pertama itu, ia bukan penyakit keturunan tetapi berpunca daripada serangan virus yang sudah ada di dalam badannya akibat antibodi lemah.

Katanya pada portal tempatan, dalam keluarga, dia dan seorang kakak mengalami penyakit tersebut. Namun ia tidak selalu menyerang jika lengkap pengambilan ubat antibiotik yang dibekalkan doktor serta tiada tekanan (stres).

Ujar anak kepada penyanyi Iklim, Allahyarham Saleem itu kadang-kadang ia menyerang dua atau lima tahun sekali.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bicaranya lanjut, beberapa hari lalu dirinya mengalami demam namun tetap bersukan walaupun badan kurang sihat.

Jadi, disebabkan antibodi badannya lemah, dia mula diserang penyakit berkenaan di kawasan bibir yang membengkak.

Syafiq Farhain

Tidak menafikan ia penyakit berjangkit, Syafiq menjelaskan jangkitan HSV-1 dialaminya tidak membabitkan penyakit kelamin.

"Virus herpes mempunyai dua jenis iaitu HSV-1 dan HSV-2. Tapi yang saya kena adalah jenis satu hanya di kawasan bibir. Manakala, HSV-2 itu yang agak bahaya kerana menyerang alat kelamin.

"Apapun, dengan masalah dihadapi ini saya disarankan oleh doktor supaya berehat dan tidak boleh keluar rumah, termasuk berkongsi barang seperti tuala dengan orang lain untuk elak jangkitan," ujarnya.

Cerita Syafiq lagi, bulan lalu dia turut mengalami penyakit berkenaan di bibir, namun kudis itu tidak tumbuh banyak seperti dialami sekarang.

Baca juga Lepas berlakon drama dan filem, Azira Shafinaz idam ke pentas teater pula

Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku itu, akibat jangkitan itu, dia sukar untuk makan, bercakap dan menyanyi.

Syafiq berkata, apabila bahagian bibir diserang biasanya akan membengkak dan gatal-gatal. Jadi, dia perlu menjaga pemakanan dan elak mengambil makanan laut.

Selain itu, dia akui dirinya akan menanggung penyakit itu seumur hidup.

SinarPlus doakan semoga Syafiq cepat diberi kesembuhan seperti sedia kala dan dipermudahkan urusan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca